Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ‘special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ‘special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

“Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali ‘special draw’ (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

“Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, “dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

“Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan ‘special draw’ akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan ‘special draw’ (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.

5 Komen

  1. zulnine29 said,

    2 Mac 2009 pada 1:06 pm

    asslamualaikum…
    jangan bercakap macam tu… biar lah umno jer yang becakap sebegitu.. kalau kita juga menhetam orang ikut hati. sama je lah kita dengan umno… cara kita cuba untuk meperbaiki sistem yang ada dengan lebih baik. barulah kita akan menjadi sebuah negara islam yang sebenar…

  2. zulten30 said,

    19 Mei 2009 pada 9:54 am

    wslm wbt zulnine29…apakah maksud tuan yg membenarkan maksiat tidak dicegah? untuk mengharapkan umno dan bn untuk mencegahnya??

    Amar Makruf Nahi Mungkar…nampak ada maksiat dan dosa, kita cegah..baru Negara Islam namanya..
    bukan mengharapkan ahli maksiat yg mencegahnya..

    wallahua`lam.

  3. the rock said,

    20 Mei 2009 pada 5:26 pm

    xperlu la kte menghentam oramg yang kte xsuke sebegini.. kalaupun betul salah xperlu nak dihentam dan dipanggil dengan panggilan yang tak sepatutnye.. ni bukan cara islam.. islam mengajar kita untuk berbaik2 sesama islam.. bukan saling membenci dan memfitnah..

  4. hasell said,

    12 Jun 2009 pada 5:29 pm

    entah laa…kalau bukan sebab umno kita takkan merdeka..

    tapi bila merdeka, kita pula di jajah dgn umno..bagaimana ni?

    apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ………………………………..

  5. Menantu Bongsu Nik Azizi said,

    25 November 2009 pada 12:37 am

    Masya Allah..senangnya tuduh..sedapnya dgr..
    UMNO yang berjuang berjasa banyak untuk negara..jasanya banyak walaupun silap pun ada..

    Jangan dihukum sebegitu ikut hawa nafsu..Allah SWT sndiri Maha Pengampun..

    Inilah kesesatan nyata PAS..terlalu mudah merosakkan umat dari berminat untuk betulkan kerosakan..


Tinggalkan Jawapan kepada the rock Batal balasan