23 Jun 2010 pada 2:53 pm (Barisan Nasional, Isu Semasa, Politik, Umno)
Tags: Jamaah Islamiah, Pengganas, PR, UMNO

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
20 Jun 2010 pada 2:18 pm (Barisan Nasional, Isu Semasa, Politik, Umno)
Tags: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini,” tulis beliau dalam blognya.
Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
19 Jun 2010 pada 1:29 pm (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PKR, Politik, Umno)
Tags: Ahli Parlimen, Anwar, BN, Najib

Assalamualaikum, Keputusan perbicaraan YB Tian Chu menjadi tempelakan terbaik buat katak katak yang melompat terutama dalam aspek membantu penduduk di kawasan mereka.YB Tian Chu berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP kalau keputusan ini kekal dan satu pilihanraya kecil bakal di adakan di kawasannya.
YB Tian Chu tidak melompat tetapi dilucutkan kelayakan kerana undang undang menetapkan demikian.Yang tersirat kalau kemungkinan ini terjadi ialah YB Tian Chu merupakan ahli politik yang benar benar mahu membantu rakyat kerana apabila pilihanraya diadakan di parlimennya, maka mencurahlah peruntukan kerajaan masuk dan dengan itu rakyat di parlimen Batu akan terbela.Mesej ini ingin disampaikan kepada katak katak bahawa jika benar mereka ingin membantu rakyat di kawasan mereka, letak jawatan untuk membolehkan plihanraya kecil diadakan sekaligus datangnya peruntukan demi peruntukan kerajaan di kawasan masing masing.
Baca baki entri ini »
1 Komen
19 Jun 2010 pada 1:20 pm (Isu Semasa, Isu Sosial, Politik, Umno)
Tags: Bola Sepak, Haram, Islam, Judi, Tarbiyah
IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.
Baca baki entri ini »
2 Komen
19 Jun 2010 pada 9:22 am (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PKR, Politik, Undang-Undang)
Tags: Ahli Parlimen, Pilihanraya

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 terhadap Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang didapati bersalah mencederakan anggota polis tiga tahun lalu, menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai wakil rakyat.
Peguam terkemuka, Karpal Singh dan pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Shamrahayu Ab Aziz berpendapat undang-undang adalah jelas bahawa Tian Chua hilang kelayakan walaupun hukuman denda ke atasnya dikurangkan.
Kontroversi itu timbul apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya, kelmarin, berkata hukuman dikurangkan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.
Baca baki entri ini »
1 Komen
18 Jun 2010 pada 9:16 am (ANWAR IBRAHIM, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PKR, Politik, Umno)
Tags: Anwar, APCO, BN, JI, Najib
KUALA LUMPUR: Isu ancaman kumpulan pengganas yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kegiatan operasi mereka serta melibatkan mahasiswa tempatan hanyalah sebagai satu propaganda kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mengalih pandangan terhadap isu besar lain dalam negara.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu itu merupakan satu lagi taktik baru Umno-BN untuk melarikan diri daripada menyelesaikan isu besar lain yang membabitkan rakyat.
Wujud pelbagai tekanan daripada rakyat yang membabitkan isu lesen judi bola sepak, APCO, subsidi, penyerahan tanah warisan hak kaum Melayu kepada pihak swasta dalam masa yang singkat dan sehingga kini mereka gagal selesaikan.”Rakyat jangan terpedaya dengan helah Umno-BN untuk alih isu besar dan menakut-nakutkan rakyat.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
24 Januari 2010 pada 7:13 pm (Barisan Nasional, Hak Asasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Umno, Undang-Undang)

Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.
“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.
Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
24 Januari 2010 pada 7:03 pm (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, Politik, TG Nik Aziz, Umno)

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.
Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.
“Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
24 Januari 2010 pada 12:41 am (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Undang-Undang)

Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.
Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah “Allah” ketinggalan zaman.
“Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
23 Januari 2010 pada 1:22 pm (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Umno)

Nama mereka serupa. Seorang Khalid Ibrahim, seorang lagi Khalid Samad. Malah dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, nasib mereka juga nampak hampir sama juga.
Jika Khalid menjadi Menteri Besar yang tidak dipercayai lagi oleh pemimpin-pemimpin PKR kawasannya sendiri di cabang PKR Kuala Selangor, Khalid ahli parlimen PAS Shah Alam pula berdepan protes masyarakat Islam ekoran kenyataannya berhubung isu Kalimah Allah.
Malah lebih malang lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Shah Alam itu dianggap sesetengah pihak sebagai cuba mencabar bidang kuasa Sultan Selangor selepas mengeluarkan kenyataan menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
22 Januari 2010 pada 11:26 pm (Barisan Nasional, DAP, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, Politik, Umno)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas media yang menurutnya telah memperbesar-besarkan isu “cah keting” atau tikam belakang dalam parti itu sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lalu supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
21 Januari 2010 pada 12:04 am (Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PKR, Politik)

BERNAMA – Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap “lumpuh” setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.
Bercakap kepada pemberita Rabu, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
20 Januari 2010 pada 4:54 pm (DAP, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik)

Foto dipetik : Malaysiakini
BERNAMA – Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.
Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
28 Februari 2009 pada 6:55 pm (Barisan Nasional, Demokrasi, Isu Semasa, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Politik, Umno)
HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.
Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ‘special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.
Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ‘special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.
Baca baki entri ini »
5 Komen
18 Februari 2009 pada 8:04 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, DAP, Demokrasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Pilihanraya, PKR, Politik, Umno)

KLpos – APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.
Bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pun sahih. Tarikh pilihan rayanya pada 7 April hadapan. Manakala bukit Lanjan dalam perhitungan.
Seperti kebetulan juga, tiga bangsa mewakili kerusi-kerusi berkenaan.
Baca baki entri ini »
2 Komen
18 Februari 2009 pada 7:31 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, Demokrasi, Hak Asasi, Isu Jenayah, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Pilihanraya, PKR, Politik, Umno, Undang-Undang)
MALAYSIAKINI – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.
Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk “Lexus is my own, says Khalid” pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk “Lepaskan Jawatan MB” pada 23 Januari lalu.
Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.
Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.
Baca baki entri ini »
3 Komen
18 Februari 2009 pada 7:27 pm (Demokrasi, Hak Asasi, Isu Jenayah, Isu Semasa, PAS, Politik, Umno, Undang-Undang)
AGENDA DAILY – TEKA TEKI TERJAWAB…Jika sebelum ini cuma sok sek dakwa bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang merakam gambar Exco kerajaan negeri Selangor adalah lelaki Melayu, persoalan itu terjawab apabila pejabat khidmat wakil rakyat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan mengesahkan lelaki itu bernama Hilmi.
Bagaimanapun, lelaki tersebut yang merupakan pembantu khas kepada ahli parlimen tersebut, Hee Loy Sian sudah berhenti sejak Januari lalu.
Loy Sian pula ketika di temui di lobi parlimen, Rabu mengesahkan lelaki terbabit pernah bertugas dengannya selama sembilan bulan.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
18 Februari 2009 pada 12:21 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, DAP, Demokrasi, Hak Asasi, Isu Jenayah, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Pilihanraya, PKR, Politik, Umno, Undang-Undang)
MALAYSIAKINI – Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.
Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.
Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertulis, “YB ELI, WE SUPPORT YOU”, “YB ELI, DON’T GIVE IN TO YOUR ENEMY” dan “YB ELI, DON’T GIVE UP, WE LOVE U”.
Turut hadir memberi sokongan kepada exco Selangor itu, kira-kira 10 orang dari barisan kepimpinan Wanita PKR.
Baca baki entri ini »
1 Komen
14 Februari 2009 pada 7:24 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, DAP, Demokrasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Pilihanraya, PKR, Politik, Umno)
MALAYSIAKINI – Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.
Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi.
“Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, “Sorry, ada masalah’. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan,” katanya ketika dihubungi.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
14 Februari 2009 pada 7:03 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, DAP, Demokrasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PERALIHAN KUASA, Perdana Menteri, Pilihanraya, PKR, Politik, Umno)
HARAKAHDAILY – KOTA BHARU – Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.
Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.
Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.
Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
« Older entries