Selepas Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit pula…

AGENDA DAILY – Dalam keriuhan akan berlakunya ‘pesta’ lompat parti kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, suasana tersebut nampaknya terbalik apabila langkah permulaan yang dilakukan oleh Ezam Mohd Nor kembali semula menyertai UMNO disusuli dengan seorang lagi orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon untuk sertai semula UMNO.

Anuar Shaari, bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri hari Khamis menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Baca baki entri ini »

Rugi haramkan Islam hadhari

MALAYSIAKINI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan langkah Selangor mengharamkan program berkaitan Islam hadhari merugikan  umat Islam.

Yang dipertuanya Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, konsep itu yang diperkenalkan oleh perdana menteri bertujuan memajukan pemikiran umat Islam, meliputi semua bidang yang mengambil kira kedudukan masyarakat majmuk di negara ini.

“Islam Hadhari adalah satu pendekatan dan satu kaedah bagaimana kita hendak melaksanakan tuntutan-tuntutan al-Quran dan sunnah yang mana kita tahu bahawa ajaran sunnah itu bukan untuk orang Islam sahaja, tetapi termasuk kepada orang-orang bukan Islam,” katanya semalam, lapor Bernama. Baca baki entri ini »

Ezam sertai semula Umno

MALAYSIAKINI – Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

ezam joins back umno 280508 03Beliau menyerahkan borang tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan presiden Umno itu di bangunan Parlimen petang tadi.

Perkara tersebut diumumkan oleh Abdullah selepas pertemuan selama 30 minit dengan Ezam itu.

Ezam yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar esok.

Abdullah juga berkata, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.

Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan  menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno. Baca baki entri ini »

Bukan Batu Puteh saja, maruah juga lama digadai

HARAKAHDAILY – Bukan Pulau Batu Puteh sahaja yang terlepas kepada Singapura malah maruah dan kedaulatan negara ini juga telah lama tergadai kepada pulau itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

“Umno tidak perlu lagi bercakap mengenai kedaulatan negara, maruah negara, hak istimewa Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau apa sahaja. Hampir kesemuanya telah dipersembahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada konco-konco Lee Kuan Yew,” kata beliau ketika diminta menngulas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pulau itu adalah milik Singapura. Baca baki entri ini »

AMK buat laporan polis terhadap Tun Mahathir

HARAKAHDAILY (Wan Nordin Wan Yaacob) – Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) telah membuat satu laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima individu lain yang didapati terlibat dalam urusan perlantikan hakim-hakim oleh Suruhanjaya Siasatan Klip Video V.K. Lingam, kata Setiausaha Politik kepada Ketua AMK, Ahmad Zaki Yamani Zainon.

Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, Ahmad Zaki berkata, laporan itu dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin petang tadi di Balai Polis Jalan Dang Wangi (Campbell) di Kuala Lumpur bersama aktivis-aktivis AMK.

Menurut Ahmad Zaki, laporan itu menyebut suruhanjaya telah menyatakan dengan jelas bahawa individu-individu terlibat perlu disiasat di bawah pelbagai akta, namun sehingga sekarang tidak ada tindakan diumumkan untuk menyiasat dan mendakwa mereka.

Justeru AMK membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa itu memulakan siasatan dan mengemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan atau sebaliknya, ujar Ahmad Zaki.

Laporan polis yang sama dibuat di setiap ibu negeri di seluruh Malaysia pada jam 1.00 petang, 25 Mei (Ahad) oleh Angkatan Muda KeADILan Negeri-Negeri, ujarnya.

Peguam Negara tidak layak adili siasatan laporan Suruhanjaya Lingam, dakwa Gwo Burne

HARAKAHDAILY (Wan Nordin Wan Yaacob) – Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Siasatan Diraja berhubung klip video V K Lingam membuktikan kebenaran mengenai perlantikan hakim-hakim di negara ini berdasarkan percaturan beberapa pihak yang berkepentingan, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

“Saya menyambut baik laporan yang dikeluarkan oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

“Justeru, saya mendesak supaya pihak suruhanjaya menilai semula semua kes yang dihakimi oleh Hakim Tun Eusoff Chin dan kes-kes yang dibawa oleh Dato’ VK Lingam kerana jelas melalui Suruhanjaya ini, melalui laporan-laporan media, kedua-dua mereka ini terlibat di dalam percaturan hakim-hakim dan kredibiliti mereka di dalam kehakiman kini dipertikaikan sehingga dicadangkan oleh Suruhanjaya agar kedua-dua mereka bersama tiga yang lain disiasat,” kata Gwo Burne. Baca baki entri ini »

Rakyat Selangor tetap dapat air percuma bulan depan

MALAYSIAKINI – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata rakyat Selangor tetap akan mendapat 20 meter padu pertama air percuma mulai bulan depan.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kenaikan tarif air yang dikatakan akan naik mulai tahun depan.

Katanya, syarikat pembekal air itu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kadar tarif air kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Baca baki entri ini »

Ezam: Tiga soalan dari Hisham

MALAYSIAKINI – Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno diminta melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ezam masuk semula ke dalam Umno.

Di samping itu, beliau juga mahu mereka melihat setakat mana keikhlasan Ezam untuk berjuang bersama Umno.

Dan ketiga, tegas menteri pelajaran, apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno. Baca baki entri ini »

Singapura Dakwa Malaysia Tidak Pernah Tuntut Kedaulatan Pulau Batu Putih Sepanjang 130 Tahun

KELANTANKINI – PULAU Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura hampir 30 tahun adalah sebesar separuh padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor.

Pulau seluas 2,000 meter persegi terletak di pertemuan Selat Johor dan Laut China Selatan itu menempatkan Rumah Api Horsburgh, menjadi rebutan antara kedua-dua negara sejak 1979.

Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 12.8 kilometer dari Pengerang, Johor dan 64 kilometer ke timur Singapura. Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh. Baca baki entri ini »

Putera Umno merayu pada Mukhriz

MALAYSIAKINI – Putera Umno merayu kepada exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir supaya menghentikan segala desakan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

abdul azeez abdul rahim putera umno chiefPengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ahli Parlimen Jerlun itu seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai wakil rakyat, selain membantu memulihkan keadaan dalam parti.

“Ini bukan kali pertama Mukhriz bagi kenyataan (sedemikian). Jadi kita (Putera) merayu beliau menghentikannya kerana banyak lagi yang perlu kita (Umno) lakukan,” katanya. Baca baki entri ini »

Kempen tuntut royalti dapat sambutan

MALAYSIAKINI – Dalam masa tiga jam sahaja, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) berjaya mengutip kira-kira 400 tandatangan rakyat Terengganu menyokong tuntutkan supaya royalti minyak dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Penolong setiausaha Mampat, Wan Azmi Wan Ismail berkata, kempen mengumpul tandatangan rakyat Terengganu dilancarkan pada jam 9.30 pagi tadi, bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

“Jika maklumat program ini disebarkan lebih meluas, Mampat percaya lebih banyak tandatangan akan berjaya dikumpulkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Baca baki entri ini »

Hentikan propaganda murahan!

mSTAR ONLINE – HAMPIR setiap hari stesen TV menyiarkan propaganda memburuk-burukkan kepimpinan selain BN. Taktik biasa yang digunakan ialah memetik sebahagian sahaja kata-kata pemimpin-pemimpin bukan BN dan kemudiannya diberi tajuk besar yang negatif terhadap mereka.

Terbaru, petikan kata-kata Dato’ Mukhriz Tun Mahathir bahawa beliau masih dalam parti UMNO diberi tajuk besar seolah-olah beliau tidka sehaluan dengan bapanya, padahal bahagian seterusnya dipotong di mana beliau berkata bahawa beliau mahu PM berundur tidak disiarkan. Baca baki entri ini »

Penduduk Wangsa Maju ditindas

SUARA KEADILAN ONLINE – Pihak DBKL bertindak zalim dengan merobohkan gerai peniaga di sekitar Wangsa Maju.

Dengan tempoh notis yang singkat dan dengan alasan kerana penduduk di situ menyokong Pakatan Rakyat antara punca kenapa gerai peniaga dirobohkan oleh pihak DBKL. Baca baki entri ini »

SUMBANG MAHRAM : ‘Abang selalu tindih’

HARIAN METRO (Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab) – Selepas aduan mengenai kesakitan dialami pada kemaluan tidak diendahkan ibunya, seorang murid tadika memberitahu gurunya mengenai tindakan abang kandungnya yang kerap ‘menindihnya’.

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dikatakan menjadi tempat pemuas nafsu abang kandungnya sendiri berusia 16 tahun sejak Disember tahun lalu.

Bagaimanapun mangsa terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahun keluarga selepas diugut abangnya. Baca baki entri ini »

Pemimpin disiasat seleweng wang pilihan raya ke-12

HARIAN METRO – Seorang pemimpin Umno bahagian Jempol disiasat polis dari Bahagian Jenayah Komersial Bukit Aman Kuala Lumpur minggu lalu kerana dipercayai menyelewengkan wang Pilihan Raya ke-12, 8 Mac lalu.

Pemimpin berusia dalam lingkungan 70-an itu dikatakan menggunakan wang peruntukan daripada partinya berjumlah antara RM8,000 hingga RM10,000 yang sepatutnya diberikan kepada pekerja parti sebagai elaun tugas pilihan raya. Baca baki entri ini »

Tubuh jawatankuasa khas siasat pembubaran Balkis

HARIAN METRO – KERAJAAN Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat mengenai pembubaran Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) dan pemindahan dananya RM9.9 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Jawatankuasa Terpilih Akauntabiliti dan Ketulusan itu bakal dianggotai enam orang iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat dan dua wakil Barisan Nasional. Baca baki entri ini »

Anggota Umno Bebas Bertanding Dalam Pemilihan Parti

BERNAMA — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bebas untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Mohd Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata sebagai anggota Umno, sesiapa pun berhak untuk menawarkan diri bertanding.

Katanya kesediaan Abdul Rahim menawarkan diri bertanding adalah hak beliau sebagai anggota Umno. Baca baki entri ini »

ARTIS PANAS DI PD

HARIAN METRO (Rudy Syareme Sheriffudin)Kecoh lagi. Selepas dikejutkan dengan kiriman e-mel gambar bogel membabitkan seorang pelakon wanita sebuah drama bersiri, kini gadis itu kembali dengan kontroversi terbaru.

Sesuatu lebih mengejutkan berlaku apabila Harian Metro menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca mendakwa pelakon berusia 21 tahun terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.

Pembaca yang dikenali sebagai Ahmad Suhaimi Salim dari Bayan Lepas di sini, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima kiriman gambar berkenaan menerusi e-mel daripada rakannya, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas melihatnya, dia terkejut apabila mendapati wajah wanita di dalam gambar itu mempunyai iras pelakon drama yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu. Baca baki entri ini »

Malaysia Perlu Buat Persediaan Untuk Laksana Keputusan ICJ Dengan Segera – PM

BERNAMA – Malaysia perlu membuat segala persediaan untuk memastikan apa jua yang perlu dilaksanakan ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) dengan segera, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga perlu dengan cepat menentukan garis sempadan Terumbu Karang Selatin di dalam kawasan perairan Malaysia.

“Dengan itu, menentukan South Ledge benar-benar di kawasan perairan kita, maka tentulah nanti pulau itu akan dianggap sebagai pulau milik Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Mengenai Masa Depan Asia ke-14. Baca baki entri ini »

Ezam bukan ‘trojan horse’ kata Najib

AGENDA DAILY – Dalam suasana politik negara diwarnai cerita lompat parti dan perang saraf pembangkang mereka akan menubuhkan kerajaan baru, orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor semakin hampir kembali menyertai UMNO.

Walaupun sebelum ini beberapa media dan laman berita membuat spekulasi kemasukan Ezam ke dalam UMNO, Agendadaily petang Khamis berkesempatan menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanyakan mengenai perkara berkenaan.

Menurut Najib, UMNO sedia untuk menerima Ezam menyertai UMNO semula.

“Bagi saya Ezam adalah friendly party dan saya yakin dengan keikhlasannya untuk menyertai semula UMNO,” kata beliau.

Menurut Najib, kesediaan Ezam menyertai semula UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap Anwar, PKR dan pakatan pembangkang.

Najib menjelaskan, walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi ‘tojan horse’ kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO. Baca baki entri ini »

« Older entries