Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

MALAYSIAKINI – Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah-sekolah seperti  dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

“Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Baca baki entri ini »

Politik wang punca Ku Li gagal?

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Pembantu Khas bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa politik wang adalah antara sebab mengapa Ku Li hanya mendapat satu pencalonan.

Ku Li yang hanya mendapat satu pencalonan daripada Bahagiannya di Gua Musang sah tidak boleh bertanding bagi jawatan nombor satu parti apabila tidak melepasi had kelayakan yang ditetapkan Umno.

Menurut beliau, permainan politik wang menyempitkan lagi ruang Ku Li lantas gagal mendapat pencalonan yang mencukupi.

Baca baki entri ini »

Ada usaha jatuhkah kerjaya politik saya – Murugiah

mSTAR – PETALING JAYA: Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP), T. Murugiah tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Pemuda parti hujung bulan ini kerana telah mencecah usia 45 tahun iaitu had umur bertanding bagi jawatan tersebut.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun berhasrat untuk bertanding jawatan tinggi dalam badan induk PPP pada pemilihan parti yang dijadual akan diadakan pada tahun hadapan.

“Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan jawatan yang akan saya tandingi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Baca baki entri ini »

Mufti Perlis: Dr Azwira, Dr Juanda ganti Dr Asri?

MALAYSIAKINI – Dua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon mufti Perlis bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tamat perkhidmatannya hujung bulan ini.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas naib mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya (kanan) telah dicalonkan mengisi kerusi penting itu.

Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.

dr mohd asri zainul abidin perlis muftiPada 7 Oktober lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya “macam main silap mata”.

Baca baki entri ini »

Sidang akhbar Razak Baginda dibatalkan

MALAYSIAKINI – Kira-kira 50 wartawan tempatan dan luar negeri kecewa apabila sidang akhbarrazak penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang dijadualkan diadakan di sebuah hotel di ibunegara pagi ini dibatalkan.

Wartawan tersebut berkumpul di situ sejak jam 8 pagi. Sidang akhbar berkenaan dijadual bermula jam 9.30 pagi.

Apabila ditanya oleh wartawan, pihak pengurusan hotel bersebut berkata pihaknya dimaklumkan sidang akhbar tersebut telah ditunda.

Bagaimanapun mereka tidak tahun butiran lanjut mengenainya.

Baca baki entri ini »

PAS ucap tahniah, moga Obama buka era ‘politik baru’

obama3

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat, Barrack Obama kerana memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mengalahkan calon Republikan, John Mc Cain.

“Bagi pihak PAS,kami mengucapkan tahniah kepada Obama kerana bakal menjadi Presiden pertama dari kulit hitam dan parti Demokrat kerana menang besar dalam pilihan raya AS.

“Kami berharap hubungan antara Malaysia dan AS terus diperkukuhkan terutama dalam membantu usaha pendemokrasian dan ketelusan di Malaysia,”kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Baca baki entri ini »

Dunia Rai Kemenangan Obama

obama2

BERITA HARIAN – CHICAGO: Seluruh dunia menyambut kemenangan besar Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang memberi harapan menyaksikan perubahan dalam sikap Amerika terhadap menangani masalah keselamatan dan ekonomi sejagat.

Obama, 47, dari parti Demokrat yang muncul Presiden kulit hitam pertama AS apabila menewaskan lawannya dari Republikan, John McCain, turut mengetuai parti Demokrat memperluaskan penguasaan di kedua-dua Dewan Kongres.

Baca baki entri ini »

Kit Siang tak percaya Ahli Parlimen pembangkang …?

AGENDA DAILY – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukanlah sebuah badan yang dianggotai oleh para Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi juga oleh pembangkang.

Sebab itu agak menarik bila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mempersoalkan dalam sidang Dewan Rakyat Rabu kononnya jawatankuasa itu tidak menjalankan siasatan terperinci berhubung pembelian 12 helikopter Eurocopter EC275 bernilai RM1.6 bilion.

Selain dari dua Ahli Parlmen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua PAC juga dianggotai oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Willian Leong dari PKR serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Baca baki entri ini »

Kematian Vijayaratnam: Polis tolak unsur bunuh diri

BERITA HARIAN – SEREMBAN: Naib Presiden Parti Gerakan Datuk Dr S. Vijayaratnam, 58, ditemui mati di depan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari tadi. Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

“Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Baca baki entri ini »

Razaleigh: Ada bahagian minta ‘rasuah’ pencalonan RM2 juta

mSTAR – KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

“Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan. Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta,” kata beliau di sini semalam.

Baca baki entri ini »

Razak Baginda boleh ditahan, direman – Karpal

HARAKAHDAILY – PUTRAJAYA – Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda menghadapi kemungkinan ditahan semula dan direman sementara menunggu keputusan sekiranya pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembebasannya, kata peguam Karpal Singh hari ini.

Bernama melaporkan, Karpal Singh, yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, berkata pendakwaan boleh membuat permohonan itu mengikut Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menghalang Abdul Razak daripada melarikan diri.

Baca baki entri ini »

Bahaya melamin, kerajaan gagal maklum lebih awal – Fomca

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR –Kerajaan diangggap gagal dalam memberikan makluman awal tentang bahayanya isu melamin kepada rakyat negara ini walaupun, isu ini telah tercetus lebih setahun yang lalu di negara luar.

Menurut Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia(Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman dalam satu wawancara dengan Harakahdaily baru-baru ini, tindakan kerajaan dianggap agak terlewat walaupun masih belum terlambat.

“Rakyat hanya dimaklumkan mengenai isu melamin melalui media massa. Namun begitu Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri gagal membuat maklumat awal tentang isu melamin ini sehinggalah ia didedahkan melalui media massa,”jelasnya.

Baca baki entri ini »

Timbalan Presiden UMNO: dua atau tiga penjuru?

AGENDA DAILY – Semua petanda jelas menunjukkan pasti akan berlaku pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Apabila 23 UMNO bahagian selesai mengadakan mesyuarat mereka Ahad Tan Sri Muhyiddin Yassin masih jauh di depan dengan 78 pencalonan diikuti oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam 32 manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib 30.

Berdasarkan kuota kelayakan 39 pencalonan maka Ketua Menteri Melaka perlukan hanya 7 pencalonan manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 9 lagi.
Ada baki 50 UMNO Bahagian yang belum bermesyuarat.

Baca baki entri ini »

Adakah Tan Lian Hoe Menghina dan Mempersoal Hak Melayu

MALAYSIAKINI – Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menjelaskan bahawa beliau tidak menghina atau mempersoalkan hak masyarakat Melayu dalam ucapannya pada 10 Oktober lalu, tetapi ucapannya itu telah disalahtafsirkan.

gerakan youth agm 2007 051007 tan lian hoeDalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat parti Gerakan di ibunegara hari ini, Tan berkata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengesahkan perkara itu dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada 16 Oktober lalu.

Bernama melaporkan Tan berkata, beliau juga mengadakan pertemuan empat mata dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu untuk menjelaskan perkara sebenar.

Tan berkata mesej yang terkandung dalam ucapannya itu adalah untuk mengingatkan pemimpin politik atau NGO supaya tidak mempolitikkan isu perkauman memandangkan Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan tindakan seperti itu akan merosakkan perpaduan kaum.

Baca baki entri ini »

Sah! Sudah ada pimpinan Umno sertai Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY – KEMAMAN – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku, “walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

Baca baki entri ini »

Benarkah Mayat Saddam Ditikam Selepas Hukuman ?

BERITA HARIAN – BAGHDAD: Ketua pengawal keselamatan di kawasan perkuburan Saddam Hussein mendakwa mayat bekas Presiden Iraq itu mempunyai enam kesan tikaman di badan serta cedera pada mukanya selepas dihukum gantung sampai mati pada 30 Disember, 2006.

Misrab, 45, antara lelaki terbabit dalam usaha pengebumian jenazah Saddam, mendedahkan tanda seksaan pada mayat bekas pemimpin itu dalam temu bual dengan akhbar Britain, The Times yang disiarkan semalam.

Baca baki entri ini »