‘Coklat stim’ Badang tua

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu menjadi juara di ranjang, ramai lelaki warga emas kini memburu sejenis gula-gula perangsang seks haram terbaru di pasaran yang terkenal dengan jolokan ‘coklat stim’ atau ‘gula-gula Badang’.

Ternyata gula-gula istimewa terbabit bukan gula-gula sebarangan kerana harganya mampu mencecah RM10 sebiji sekali gus menjadikannya gula-gula termahal dan tidak mampu dibeli sebarangan pengguna.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan ubat perangsang seks menyamai gula-gula itu dikesan selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung kehadirannya yang dijual berleluasa di pasaran.

Baca baki entri ini »

500 sertai perarakan anti-ISA

MALAYSIAKINI – Kira-kira 500 orang sedang menyertai perarakan dari Dataran Merdeka ke stesen LRT Masjid Jamek sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia adalah sebahagian daripada acara pemasangan lilin anjuran Hindraf sebagai membantah penggunaan ISA yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Baca baki entri ini »

KeADILan kutuk insiden baling bom petrol di rumah Teresa

SUARA KEADILAN – KUALA LUMPUR – KETUA Penerangan KeADILan mengutuk tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menimbulkan kekecohan dan menggugat keselamatan individu, serta negara.

Katanya ketika mengulas mengenai penemuan bom petrol di rumah Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, tindakan berkenaan adalah usaha terdesak mana-mana untuk menimbulkan kekacauan.

Baca baki entri ini »

AGM Umno ditangguh Mac 2009, Pak Lah nafi bercuti

mSTAR – KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau akan bercuti ekoran keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini yang menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) dan menerima keputusan beliau mengawalkan peralihan kuasa.

“Saya akan bercutikah? Macam mana anda tahu?

“Tidak. Saya tidak akan bercuti. Saya ada banyak kerja untuk dibuat,” kata Presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT pagi ini.

Baca baki entri ini »

Ku Li gesa pemilihan parti dikekal Disember ini

mSTAR – KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang semalam menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai “permainan kanak-kanak” dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

“Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

“Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Baca baki entri ini »

Rumah ibu bapa Teresa dilontar bom petrol

MALAYSIAKINI – Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Baca baki entri ini »

Peralihan kuasa: Lari dari mulut harimau ke lubuk buaya?

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

“Najib bukan sekadar mewarisi indeks rasuah negara ini yang lebih buruk dari Israel, malah beliau masih tidak dilihat bersih dan terus dituduh antara penyumbang terbesar masalah rasuah di negara ini,” katanya.

Baca baki entri ini »

Isu Kuil: Selangor Sangkal Samy Vellu

SUARA KEADILAN – KERAJAAN Negeri Selangor menyangkal dakwaan Presiden MIC, Samy Vellu yang menyatakan Kerajaan Selangor tidak mengambil perhatian terhadap masalah Kuil yang dihadapi di Selangor.

Menurut Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, kenyataan Samy Vellu yang menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Tasik, Ampang bercanggah dengan janji Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lepas iaitu tidak merobohkan mana-mana kuil tanpa penepatan semula yang sesuai adalah tidak benar sekali.

Baca baki entri ini »

Kalau Abdullah mereka buang, kenapa tidak Najib?

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Malaysia akan dipimpin oleh seorang lagi pemimpin yang lemah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar manakala Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula menjangka Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan dibuang seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka berkata demikian ketika mengulas proses peralihan kuasa yang diputuskan supaya dipercepatkan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Baca baki entri ini »

Khairy: penangguhan boleh rumitkan keadaan

MALAYSIAKINI – Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung ke Mac tahun depan boleh `merumitkan kempen’ calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

khairy jamaluddinBeliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno berkata, tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

“Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, …bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

Baca baki entri ini »

Zahidi: Keputusan MT ‘ada muslihat’

MALAYSIAKINI – Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu “bermuslihat.”

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

Baca baki entri ini »

Kes Presiden SAPP buktikan ‘siasatan terpilih’ BPR

HARAKAHDAILY – Semuanya hanya satu kebetulan, dakwa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Kenyataan itu terpaksa dibuat apabila khalayak umum melahirkan kehairanan atas ‘kepantasan’ BPR mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee 24 jam selepas parti komponen BN itu menyatakan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Menurut Ahmad, apa yang berlaku hanya ‘satu kebetulan’ dan tindakan badan itu untuk menyiasat kes tersebut tidak ada kena-mengena dengan situasi politik tanah air masa sekarang.

Baca baki entri ini »

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

“Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?” katanya kepada Harakahdaily.

Baca baki entri ini »

Anwar Kaki Penipu ???

AGENDA DAILY – Bagi kebanyakkan wartawan yang sering hadir sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka sudah jemu dengan cerita Ketua Pembangkang itu untuk ambil alih negara selepas pelan 16 September terbukti omong kosong.

Ada juga merungut kerana tiada cerita baru untuk ditonjolkan selain dolak dalih Anwar yang kononnya hendak penyerahan kuasa dilakukan secara aman dan teratur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini macam cerita pencuri suruh tuan rumah buka pintu kerana hendak menyamun. Mana ada tuan rumah nak buat begitu kalau tahu pencuri suruh berbuat demikian.

Baca baki entri ini »

PKR: Penurunan harga minyak bermotif politik

MALAYSIAKINI – PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen semalam sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata.

“Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat,” kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

bersih protest constitution amendment 071207 tian chuaKatanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut.

“Keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi minyak hingga menyebabkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 41 peratus pada 4 Jun lalu, jelas meninggalkan impak yang besar ke atas pasaran tempatan.

Baca baki entri ini »

Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR

MALAYSIAKINI – Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Baca baki entri ini »

Bocor info MT tindakan ‘jijik, petualang’

MALAYSIAKINI – Muhammad Muhd Taib menyifatkan anggota Majlis Tertinggi (MT)
Umno yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup majlis itu sebagai “petualang”, lapor Bernama.

Ketua penerangan Umno menambah, sebagai anggota MT, mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat.

Baca baki entri ini »

Toyo Nafi terlibat dalam tangkapan Teresa

MALAYSIAKINI – Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau terlibat sehingga tertangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Beliau juga menyatakan sama sekali tidak bersetuju dengan penahanan Teresa.

Baca baki entri ini »

‘Mentaliti suka haramkan’ punca PAS T’ganu tewas

MALAYSIAKINI – Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf”.

djz english teaching conference 080707 khalid samadAntara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

“Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.

“Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?

“Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan,” kata Khalid.

Baca baki entri ini »

9 Okt ibarat ‘dengar guruh di langit’

MALAYSIAKINI – kemaskini 7:26pm “Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan”, demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah minggu lepas digesa meletakkan jawatan presiden Umno sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu – sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak – disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Baca baki entri ini »

« Older entries