Adegan seks Felda Jelai berlaku lagi

BERITA HARIAN (TAMPIN) : Selepas tiga individu, termasuk peneroka berusia 52 tahun dari gugusan Felda Jelai, dekat sini ditahan polis kerana terbabit dengan rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk ‘Budak Jolai’, Mei lalu, tanah rancangan itu tercemar lagi apabila seorang remaja lelaki dan pasangannya yang baru berusia 14 tahun ditahan kerana aktiviti sama.

Remaja berusia 18 tahun dari Felda Jelai Empat itu dipercayai merakam sendiri adegan seksnya bersama gadis dari Felda Jelai Tiga, tetapi rakaman terbabit tidak sempat disebarkan seperti yang berlaku pada adegan ‘Budak Jolai’ kerana perbuatan mereka dapat dihidu penduduk kampung.

Menurut sumber, sebaik menyedari kejadian itu, penduduk kampung meminta bantuan polis yang kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Felda Jelai Empat, kelmarin sebelum menahan remaja berkenaan yang mengaku melakukan hubungan seks dengan gadis terbabit dan merakamkannya dalam telefon bimbit miliknya.

Advertisements

1 Komen

  1. iema said,

    19 Disember 2009 pada 11:26 am

    bodo lar 2


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: