Gerhana matahari cincin jelas dilihat dari Indonesia

ger

KOSMO! – KUALA LUMPUR – Fenomena gerhana matahari yang jarang-jarang terjadi berulang lagi tahun ini tetapi agak berbeza dengan keadaan di Indonesia.

Ini kerana, rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa berbanding di Indonesia yang mengalami gerhana matahari cincin.

Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, keadaan itu disebabkan laluan gerhana yang terjadi kali ini berada berdekatan dengan negara tersebut.

Baca baki entri ini »

Advertisements

LCCT Labu: Sime Darby bohong atau Najib bohong?

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Pentadbiran ekonomi negara kini lintang pukang berikutan pelbagai kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai yang terlibat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu,” katanya.

Baca baki entri ini »

Askar Israel diberi perlindungan, ADILKAH Tindakan Ini ???

KOSMO! – JERUSALEM – Askar-askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Genting Gaza diberikan perlindungan undang-undang oleh kerajaan daripada tuduhan melakukan jenayah perang, kata Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam.

“Komander dan askar yang dihantar ke Gaza adalah selamat daripada mana-mana tribunal dan kerajaan akan membantu serta melindungi mereka,” kata Olmert.

Olmert juga mengesahkan bahawa beliau melantik Menteri Perundangan, Daniel Friedman untuk mempengerusikan satu jawatankuasa melibatkan menteri-menteri.

Baca baki entri ini »

Bedah siasat kedua A Kugan siap..

MALAYSIAKINI – Bedah siasat kedua ke atas mayat A Kugan siap pada kira-kira jam 9.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bedah siasat itu, yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang, dijalankan oleh pakar patologi yang dikenalpasti sebagai Dr Prashant.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu Malaysiakini bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Penerangan tersebut mengambil masa lebih daripada 30 minit mengenai keputusan bedah siasat tersebut.

Baca baki entri ini »

Kekasih Gelap @ Makan Luar…Curang…Curang,,!!!

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: “Apabila merasa diri sudah tidak bertuhan lagi menyebabkan ramai lelaki atau suami seolah-olah relakan saja jenayah sosial ini, manakala wanita pula merasakan diri mereka tidak boleh dipersalahkan atas masalah yang sudah berlaku.

“Ini semua petanda bahawa keruntuhan akhlak masyarakat Islam semakin teruk selain kebangkitan semula zaman jahiliah,” kata pakar motivasi, Dr Rubiah K Hamzah mengulas kes isteri curang yang lebih berminat memburu lelaki warga asing.

Baca baki entri ini »

Pengundi Bota undi BN…buktikan mereka mahu PKR

umno-bn440

AGENDA DAILY – Buktikan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR), demikian cabar Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin kepada ADUN kawasan itu Nasarudin Hashim yang keluar UMNO bagi menyertai PKR awal petang Ahad.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum Mac 2008, sebenarnya seluruh kawasan Parit adalah kubu kuat Barisan Nasional.Ini kerana dua DUN dalam kawasan Parlimen Parit iaitu DUN Bota dan DUN Belanja dimenangi oleh BN. Begitu juga dengan Parlimen Parit turut dimenangi oleh BN.

Baca baki entri ini »

Politik Lembu:GERAK dakwa Khalid salahguna wang Selangor

AGENDA DAILY – Belumpun reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang diaggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar..

Laporan itu dibuat olehGerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof.

Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Baca baki entri ini »

Umno sudah hilang faktor ‘penarik’

MALAYSIAKINI – Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor “penarik” untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

Baca baki entri ini »

Tok Bomoh Guna Anak Krok…

anok

HARIAN METRO – ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.

Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.

Baca baki entri ini »

Lagi blog hina nabi, pertikai al-Quran

blog

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Tidak sampai sebulan laman blog menghina Nabi Muhammad disekat penyebaran, muncul pula satu lagi laman blog baru yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan keperibadian junjungan besar Rasulullah s.a.w sekali lagi.

Kewujudan laman blog berkenaan menimbulkan rasa marah di kalangan pengguna Internet yang percaya ia provokasi untuk menimbulkan kemarahan umat Islam.

Kemunculan laman web baru yang mempunyai alamat hampir sama dengan laman blog sebelum ini mula disedari pengguna laman web selepas menjadi buah mulut di kalangan pengirim e-mel.

Baca baki entri ini »

Saya serik benar anak sertai PLKN

plknBERITA HARIAN – KOTA BHARU: Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.

Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem.

“Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah anaknya, Ahmad Al-Hashyiemi, 17, yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas terjatuh ke dalam longkang di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama Perak, 1 Januari lalu.

Baca baki entri ini »

Hamas BERIKRAR tidak akan serah diri

hamasKOSMO! – ANKARA – Seorang jurucakap kanan Hamas semalam berikrar pihaknya tidak akan menyerah diri di Gaza tetapi akan meneruskan perjuangan menentang tentera Israel.

Jurucakap itu, Sami Abu Zuhri yang bercakap pada sidang akhbar di Istanbul, Turki mendakwa tentera rejim Zionis mengebom penduduk awam di Genting Gaza.

“Apakah yang mereka mahu kami lakukan? Adakah kita hanya melihat anak-anak kami mati? Adakah mereka mahu kita menunggu kematian di rumah?

Baca baki entri ini »

Toyota Camry RM2.36 juta

2009_camry_hybrid_2KOSMO! – SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri Selangor sebulat suara memutuskan untuk membeli 15 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 setelah mengambil kira beberapa aspek antaranya kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana yang dikatakan terlampau tinggi.

“Jumlah kos penyelenggaraan Proton Perdana dari tahun 2006 sehingga November 2008 telah menelan belanja sebanyak RM694,735.55,” menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam.

Baca baki entri ini »

Kemenangan di KT bangkitkan semangat Pakatan Rakyat – DAP

HARAKAHDAILY – KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP cawangan Kampung CIna, Ng Chai Hing berkata kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu memberikan impak bagi membangkitkan semangat Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

“Ini adalah satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat sekali gus merupakan satu mandat yang selesa daripada pengundi Kuala Terengganu kepada kita,” katanya kepada Harakahdaily.

Baca baki entri ini »

Kuala Terengganu:PAS menang majoriti 2,631…

kt-ok

AGENDA DAILY – Parti PAS menerusi calonnya Mohd Abdul Wahid Endut menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Dalam keputusan yang diumumkan Pengurus Pilihanraya,Wan Mustapha Wan Hassan di Stadium Negeri jam 9.25 Sabtu malam PAS mendapat 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional Datuk Wan Farid Wan Salleh 30,252 undi.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam pula mendapat 193 undi.Terdapat 665 undi rosak kali ini.

Jumlah yang keluar mengundi ialah 79.90 peratus

Kertas ekor hina nabi

no-ekor

HARIAN METRO – JOHOR BAHRU: Biadab dan melampau. Perbuatan sindiket judi di bandar raya ini menggunakan kertas bertulisan selawat nabi untuk menyiarkan keputusan nombor ekor seolah-olah mahu mempersendakan kesucian Islam.

Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Azuani Ahmad, 36, berkata tindakan sindiket terbabit bukan saja memperlekehkan selawat nabi, tetapi juga seperti menghalalkan kegiatan perjudian apabila meletakkan kedua-dua keputusan nombor ekor dan selawat nabi di muka surat sama.

Menurutnya, dia menyedari perbuatan sindiket terbabit Selasa lalu apabila kertas itu diedarkan secara bebas sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Tampoi di sini.

Baca baki entri ini »

PANAS…PANAS…Husam Musa sendiri dedahkan PAS tahu ‘perangai’ sebenar Anwar dan cuma nak ‘kudakannya’

ezam-husamAGENDA DAILY – Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Baca baki entri ini »