Polis tahan Ahli Parlimen

HARIAN METRO – Polis menahan tiga Ahli Parlimen dan tiga individu yang terbabit sebagai jawatankuasa penganjur perhimpunan tanpa kebenaran di pintu masuk utama Istana Negara, jam 10 pagi, semalam.

Tiga Ahli Parlimen yang ditahan adalah S Manikavasagam (Kapar), R Sivarasa (Subang) dan Zuraida Kamaruddin (Ampang).

Turut ditahan ialah penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran, aktivis Hindraf, Lourde Mary Shanti dan Pembantu Khas Anggota Parlimen Ampang, Salmah Ismail. Baca baki entri ini »

Bukan Petronas, kerajaan pusat yang halang royalti – Mustafa

HARAKAHDAILY (SUHAIMI TAIB) – Purata pendapatan hasil petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sehingga kini ialah kira-kira RM20 bilion, kata bekas Exco Kerajaan Negeri itu, Dato’ Mustafa Ali.

“Ini dikira, harga minyak mentah USD70 setong, harga minyak diperolehi sebanyak RM2 bilion setahun. Apa lagi jika harga itu mencecah USD135 setong sudah pasti ia melebihi anggaran yang dibuat oleh saya tadi,” jelasnya ketika bercakap sebagai Ahli Panel ‘Forum Royalti Minyak’ di Kuala Ibai, petang semalam. Baca baki entri ini »

Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat

HARAKAHDAILY – (KICKDEFELLA) Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi Baca baki entri ini »

Sebuah parti komponen akan keluar BN – Ku Li

HARAKAHDAILY – Meneruskan siri kempennya di Pantai Timur, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.

Buletinonline memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata dalam jelajah kempennya selepas mengunjungi Terengganu sejak kelmarin, bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.

“Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini,” dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-cawangan Umno Pahang di sini. Baca baki entri ini »

Harga minyak ‘hadiah’ BN pada penyokongnya

HARAKAHDAILY (AZAMIN AMIN/FOTO- WAN ZAHARI WAN SALLEH – Seluruh rakyat patut ‘berterima kasih’ kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak yang jelas membebankan rakyat Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata jika mereka (yang menyertai) tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad pun menarik diri kemungkinan Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini.

“Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini,” katanya dalam tulisannya di Harakah keluaran terbaru. Baca baki entri ini »

Kenaikan Harga Minyak Jejas Usaha Basmi Kemiskinan, Kata Penganalisis

BERNAMA – Beberapa pakar ekonomi berpendapat kenaikan mendadak harga bahan bakar kebelakangan ini, boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2010.

Mereka yakin kenaikan harga bahan itu sebanyak 40 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia, pasti memberi kesan yang tidak menggembirakan terhadap rancangan itu. Baca baki entri ini »

Gempar terjumpa tapak raksasa

KOSMO! SIBU – Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun pada Isnin lepas.

Akhbar The Borneo Post semalam memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata, bahawa beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.

“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya. Baca baki entri ini »

GERAKAN atau SAPP tinggalkan BN?

AGENDA DAILY – Selepas pilihan raya umum ke-12, Mac lalu, banyak cerita dibangkitkan mengenai keadaan politik tanah air. Ada yang menggemparkan dan ada juga yang buat-buat gempar.

Bermula dengan berita akan adanya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di permulaan sidang Dewan Rakyat, cerita kemudian beralih kepada Ahli-Ahli Parllimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti sertai pakatan pembangkang untuk membentu kerajaan baru.

Semua berita gempar ini turut diwarnai oleh cerita dalaman UMNO sendiri termasuk soal peralihan kuasa. Setelah cerita lompat parti mula senyap, undi tidak percaya tidak menjadi kenyataan, veteran politik yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membuat berita gempar yang terbaru. Baca baki entri ini »

Tarikh Peralihan Kuasa Belum Ditetapkan – Abdullah

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.

Perdana Menteri berkata sepertimana yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka. Baca baki entri ini »

Malaysia akan bankrap jika terus beri subsidi minyak: Ku Li

AGENDA DAILY – Negara boleh jatuh bankrap jika kerajaan secara berterusan memberikan subsidi minyak kepada rakyat untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah bijak untuk menanganinya, kata bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Petronas dan dengan kadar pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari pada masa kini, beliau berpendapat bahawa simpanan minyak dan gas negara mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Malaysia selepas itu, katanya akan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan bergantung sepenuhnya dengan import minyak dari negara luar untuk menampung kegunaan negara. Baca baki entri ini »

Rakyat Terengganu dapat balik royalti minyak

AGENDA DAILY – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan wang royalti minyak sebanyak lima peratus akan dikembalikan kepada kerajaan negeri Terengganu.Perdana Menteri berkata keputusan itu akan dilaksana setelah syarat-syaratnya berhubung dengan royalty itu dibereskan.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO Terengganu di sebuah hotel di Kuala Terengganu Sabtu.

Perdana Menteri adalah dalam rangka lawatan sehari ke negeri itu.Abdullah juga umumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang telah melepaskan jawatan itu baru-baru ini

Perhimpunan di Istana Negara, 6 ditahan

MALAYSIAKINI – Enam orang, termasuk tiga ahli Parlimen PKR ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara.

Kumpulan itu termasuk 40 kanak-kanak yang membawa ‘teddy bear’ untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Antara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu – M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar. Baca baki entri ini »

Siasah syariah di negeri Pakatan

MALAYSIAKINI – Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi.

Beliau dipetik sebagai berkata, antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis  penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.

Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor . Baca baki entri ini »

Pengarah bomba KL dituduh rasuah

MALAYSIAKINI – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur telah ditahan oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM925,000.

Mohamad Hamdan Wahid ditahan pada jam 10.55 malam Rabu lalu di Putrajaya dan ditahan reman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.

Akhbar Borneo Post melaporkan hari ini bahawa Pengarah BPR Sarawak, Mohamed Yusoff Akope telah mengesahkan tangkapan tersebut. Baca baki entri ini »

Saya tidak akan berhenti cakap – Mahathir

HARAKAHDAILY –Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan beliau pernah mengugut hakim-hakim pada 1997 agar menyebelahi kerajaan bertujuan “menutup mulutnya” daripada terus bercakap mengenai kepimpinan negara ini.

Mengulas kenyataan seorang hakim Mahkamah Tinggi awal minggu ini, mantan perdana menteri berkata beliau tidak berdiam diri dan akan terus bersuara melalui blognya.

“(Tuduhan) ini dari satu sudut adalah cara mereka boleh menghentam saya kerana terus bercakap, tapi saya tidak akan berhenti. Baca baki entri ini »

Demi setia Najib tidak cabar Abdullah?

HARAKAHDAILY (A KADIR JASIN) – DI KUALA LUMPUR, bosnya mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional memikirkan cara berinovasi menangani kos sara hidup bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Di London, Mohd Najib Abdul Razak berikrar “tidak akan cabar” bosnya kerana dia “ahli parti sejati.”

Kos sara hidup melambung kerana Pentadbiran “Selamat, Aman dan Makmur” Abdullah Ahmad Badawi menarik baik sebahagian besar subsidi minyak dan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.

Daripada kehuru-haraan pengumuman itu – sebentar Ogos tetapi tiba-tiba serta merta – saya rasa Ahli Parlimen BN tidak pun tahu yang Abdullah akan memindahkan beban kenaikan harga minyak dunia daripada Perbendaharaan kepada rakyat jelata. Baca baki entri ini »

Desak turun harga minyak: Hampir 3,000 tandatangan petisyen

HARAKAHDAILY (AZAMIN AMIN) – Sejumlah hampir 3,000 orang ramai telah menandatangani petisyen yang mendesak supaya kerajaan menurunkan harga minyak yang disifatkan keseluruhan rakyat sebagai suatu yang begitu membebankan.

Petisyen tersebut telah dilancarkan oleh Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) sebagai platform untuk rakyat khususnya anak-anak muda menyatakan bantahan mereka ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan apa yang telah dibelanjakan secara boros oleh kerajaan. Baca baki entri ini »