Tawaran Tajol ‘terlampau pantas’

MALAYSIAKINI – Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan tawaran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kepada PAS untuk menyertai Umno membentuk kerajaan negeri Perak, adalah satu “perkembangan yang terlampau pantas”.

muhammad mohd taib mat taibSeeloknya, kata beliau, perkara tersebut diserahkan kepada pemimpin tertinggi kedua-dua parti kerana kebijaksanaan untuk membuat keputusan terletak pada mereka.

Baca baki entri ini »

Pas putus tiada kerjasama dengan Umno

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Pas hari ini memutuskan tiada sebarang kerjasama atau perkongsian kuasa antara parti itu dengan Umno sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan demikian selepas jawatankuasa khas Pas Pusat mengadakan perbincangannya pagi ini.

Bagaimanapun beliau berkata, parti itu memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Umno dalam apa sekalipun istilah yang digunakan sama ada muqabalah atau muzakarah demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Pas jamin kekal dalam Pakatan Rakyat

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Pas hari ini menegaskan untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat dengan memberi peranan lebih aktif membela sesiapa saja yang dizalimi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengumumkan demikian, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pendirian Pas ialah isu Anwar berhubung tuduhan liwat terhadapnya perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Konspirasi RM1.72j ???

HARIAN METRO – SHAH ALAM: Wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, mungkin berkonspirasi dengan Penyiasat Persendirian (PI), P Balasubramaniam untuk mengugut Abdul Razak Baginda bagi mendapatkan wang AS$500,00 (RM1.72 juta) dan tiga tiket penerbangan balik ke negara berkenaan.

Peguam, Wong Kian Keong yang mewakili penganalisis politik terbabit dalam hujah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata kredibiliti Balasubramaniam meragukan kerana ketika memberi keterangan, dia mengakui tidak ingat sama ada tuntutan wang itu ada dimaklumkan kepada Abdul Razak.

Baca baki entri ini »

Tokoh PKR ditahan ‘dalam 48 jam’

MALAYSIAKINI – PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam “tempoh 48 jam” berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

Baca baki entri ini »

Siasatan kes liwat Anwar siap

MALAYSIAKINI – Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.

Baca baki entri ini »

Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh

MALAYSIAKINI – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

bm version permatang pauh election results 310708Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Baca baki entri ini »

PAS-Umno ‘pengkhianatan terbuka’

MALAYSIAKINI – DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP “campur tangan” dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

Baca baki entri ini »

Tiada maaf bagimu, Pak Lah

MALAYSIAKINI – Umno cawangan Kampung Tua dalam bahagian  Langkawi tidak dapat memaafkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

Lantaran itu, cawangan tersebut mengusulkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan  presiden dalam pemilihan Umno Disember ini.

Baca baki entri ini »

50 bincang isu rundingan PAS-Umno

MALAYSIAKINI – Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu – perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Baca baki entri ini »

Othman Desa tanding ketua Umno Sik

MALAYSIAKINI – Datuk Othman Desa, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tewas dalam pilihanraya umum lalu bagi kerusi Parlimen Sik, kali ini mahu bertanding pula jawatan ketua Umno bahagian berkenaan.

Katanya, tujuan  beliau bertanding merebut jawatan tersebut adalah bagi membolehkannya berkhidmat kepada penduduk kawasan itu menerusi Umno setelah tewas dalam pilihanraya lalu.

Baca baki entri ini »

Siapa Dr. Mohamed Osman?

mSTAR – PETALING JAYA: Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi – Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid – doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Baca baki entri ini »

Liwat: Saiful dakwa ada ‘kes kuat’, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

mSTAR – KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.

“Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin… waktu terdekat,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.

Baca baki entri ini »

PAS-Umno bersyarat, Pakatan tidak?

MALAYSIAKINI – Cadangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan pelaksanaan hudud sebagai syarat penggabungan PAS dan Umno hanya pandangan “seorang pemimpin PAS” dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan muktamad parti itu, kata menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Saya merasakan apa yang diperkatakan sekarang hanya oleh seorang daripada pemimpin PAS dan oleh itu, kita tidak boleh menganggap (cadangan itu) sebagai keputusan muktamad (PAS).

Baca baki entri ini »

Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah.

Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mengangggap sebagai sebuah badan non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya.

Baca baki entri ini »

Peguam Saiful Enggan Jawab Soalan Wartawan

SUARA KEADILAN – KUALA LUMPUR – Peguam Kepada Saiful Bukhari, Zamri Idrus gagal menjawab hampis kesemua soalan yang dikemukan oleh wartawan yang hadir dalam sidang media yang diadakah beliau di sebuah hotel lima bintang di sini.

Kebanyakan jawapan yang diberikan hanyalah, “I dont want to answer that question, let police do their investigations” (saya tidak mahu menjawab biar polis jalankan siasatan).

Baca baki entri ini »

BPR teliti dokumen beli peralatan PDRM

MALAYSIAKINI – Segala dokumen berkaitan pembelian pelbagai peralatan tertentu oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak awal tahun ini sedang diteliti oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), kata Timbalan Ketua Pengarah BPR Datuk Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang unsur-unsur rasuah dalam urusan pembelian peralatan tersebut.

Baca baki entri ini »

Politik wang: ahli Pengerang, Kota Tinggi dipanggil

MALAYSIAKINI – Beberapa pemimpin dan ahli cawangan Umno dari bahagian Pengerang dan Kota Tinggi diminta memberi keterangan berhubung dakwaan politik wang kepada anggota Jawatankuasa Disiplin Ibu Pejabat Umno, esok.

Setiausaha Umno bahagian Kota Tinggi, Rosleli Jahari dan Setiausaha Umno bahagian Pengerang, Nizam Ali mengesahkan perkara tersebut, dan kesemua yang dipanggil oleh jawatankuasa itu diminta berada di sebuah hotel tempatan jam 10 pagi.

Baca baki entri ini »

‘Tiada sebab fitnah, aniaya Anwar’

MALAYSIAKINI – Mohd Saiful Azlan Bukhari hari ini mengeluarkan kenyataan bertulisan tangan melalui seorang peguamnya di sebuah hotel besar di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan oleh Zamri Idrus, bekas pembantu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata beliau “tiada sebab untuk menfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.”

Pemuda itu juga menggesa Anwar agar tidak banyak berdolak-dalik.

Mohd Saiful berkata beliau sedang menunggu siasatan polis terhadap Anwar selesai.

Siasatan derma 100 hari Pakatan selesai

MALAYSIAKINI – Siasatan berhubung dakwaan berlakunya salahguna kuasa dalam kutipan derma sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah diselesai.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ja’afar Mahad berkata kertas siasatan itu telah dihantar ke Bahagian Pendakwaan Ibu pejabat BPR di Putrajaya, dua minggu lalu untuk tindakan lanjut.

Baca baki entri ini »

« Older entries