UMNO dan JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT: PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa dangkal dan sekularnya pemikiran pemimpin umno. Apakah pemimpin umno tidak tahu bahawa mana-mana bentuk ‘pertaruhan’ adalah sebahagian daripada judi yang diharamkan secara qat’ei oleh Qur’an? Soal Beliau.

Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin umno agar kembali merujuk Al Quran Karim, Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi – ‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. ( Al Maidah 90 )

Beliau mempersoalkan pemmpin umno adakah ketika berdepan dengan dalil-dalil Al Quran pemimpin umno boelh membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian ‘tidak berlesen’ “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!

Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari pemimpin-pemimpin umno yang sengaja mahu membawa rakyat Malaysia kearah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan umno memperkenalkan lesen judi sukan dalam Negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang dari ajaran islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik di kalangan rakyat Malaysia kini.

ustazabubakar.wordpress.com

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5840

2 Komen

  1. Ramyus said,

    20 Jun 2010 pada 8:36 am

    Jangan hanya memandang sedikit kesilapan oleh orang lain tanpa melihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak sendiri,contohnya; kenapa PAS tidak bertindak mengharamkan penjualan arak dan menutup kedai urut atau aktiviti judi yang sedia ada di kawasan,daerah atau negeri dibawah pemerintahan atau kekuasaan PAS/Pakatan Rakyat.Apabila UMNO menganjurkan aktiviti keagamaan,PAS hanya memandang sepi membuta mata,Sebaliknya mencari kelemahan dan melemparkan tomahan UMNO adalah segala penyebab kemungkaran seperti RASUAH sedangkan apabila PAS sendiri mengamalkan Rasuah ITU dikatakan SEDEKAH.Ingat lah UMNO dah lama memperjuangkan MARUAH bangsa dan Agama Islam hingga keperingkat antarabangsa.Apa pula sumbangan PAS,hanya pandai bercakap mencari kesalahan orang lain.INGATLAH..APABILA TUMBANGNYA UMNO MAKA TUMBANGLAH KUBU/BENTENG PERTAHANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA SENDIRI.

  2. Wali Selipar Tok Gurau Nik Ajis said,

    22 Jun 2010 pada 10:31 pm

    Begitu bodohnya kenyataan pesuruh wali selipar ni, Judi yang diberi lesen hanya untuk orang kafir sahaja, begitu juga dengan nik ajis yang memberi 44 lesen arak hanya untuk orang kafir…bodoh punya pesuruh jaya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: