KATAK PANGGIL HUJAN, BANGAU JUGA YANG KURUS

Assalamualaikum, Keputusan perbicaraan YB Tian Chu menjadi tempelakan terbaik buat katak katak yang melompat terutama dalam aspek membantu penduduk di kawasan mereka.YB Tian Chu berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP kalau keputusan ini kekal dan satu pilihanraya kecil bakal di adakan di kawasannya.

YB Tian Chu tidak melompat tetapi dilucutkan kelayakan kerana undang undang menetapkan demikian.Yang tersirat kalau kemungkinan ini terjadi ialah YB Tian Chu merupakan ahli politik yang benar benar mahu membantu rakyat kerana apabila pilihanraya diadakan di parlimennya, maka mencurahlah peruntukan kerajaan masuk dan dengan itu rakyat di parlimen Batu akan terbela.Mesej ini ingin disampaikan kepada katak katak bahawa jika benar mereka ingin membantu rakyat di kawasan mereka, letak jawatan  untuk membolehkan plihanraya kecil diadakan sekaligus datangnya peruntukan demi peruntukan kerajaan di kawasan masing masing.

Katak katak tak perlu bersilat dengan jurus jurus yang berbagai kerana penyelesaian kepada kemahuan mereka membantu rakyat sudah diketahui jadi apa yang patut mereka lakukan sekarang, letak jawatan.Itupun kalau benar mereka ingin membantu rakyat, sebaliknya kalau mereka enggan letak jawatan dan tubuhkan konsesus bebas di parlimen atau menyokong BN di dewan undangan negeri, itu bermakna mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat.

Katak katak tak perlu lagi cabar mencabar, kerana suaranya hanya kedengaran seperti suara memanggil hujan untuk mengelakkan ular memakan katak di mana akibatnya bangau juga yang kurus.YB Tian Chu sudah tunjuk jalan bagaimana hendak membantu rakyat, jadi persilakanlah wahai katak katak sekelian.Its your call.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5841

1 Komen

  1. kc yap said,

    19 Jun 2010 pada 6:04 pm

    Satu INGATAN ikhlas yg sgt bernas ! Wahai katak2 yg sudah melompat atau yg bakal menjelma jadi “Malaysian Reptiles” the only…. Tolong jgn lagi memperbodohkan pengundi2 di kawasan anda dgn alasan2 yg seolah-olah mereka itu tersangat mulia… Letak jawatan saja, kerana selain kawasan mereka akan mendapat limpahan peruntukan kewangan/pembangunan sejurus mereka umumkan perletakan jawatan mereka, pengundi2 juga sudah tak tersabar lagi menunggu hingga Pilihanraya ke 13 untuk membinasakan spesies ini serta pelindung mereka, biar mereka pupus terus dari tanah bumi ini !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: