PANAS!!! Betul Ke 40,000 benci Fasha?

“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.

Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.

“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Kelantan Tolak Lantik Wakil Pantau Wang Ehsan

Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.

Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Baca baki entri ini »

Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

Baca baki entri ini »

Zul PKR cabar Khalid keluar PAS

Foto dipetik : Agenda Daily

‘Perang’ dua pemimpin dalam Pakatan Rakyat antara ahli parlimen PKR Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin dengan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berterusan.

Ianya semakin panas apabila Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid ekoran kenyataan Yang Di Pertua PAS Shah Alam itu yang berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Kenyataan Khalid yang disiarkan sebuah portal pro pembangkang antara lain menyebut melaporkan, perkara itu perlu dibuka kepada perbincangan semula.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid seperti disiarkan portal itu.

Baca baki entri ini »

Apa Dah Jadi…Zulkifli Noordin Buat Laporan Polis Terhadap Khalid Samad

Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah “Allah” ketinggalan zaman.

“Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.

Baca baki entri ini »

Nasib malang mula menghantui 2 Khalid di Selangor…

Nama mereka serupa. Seorang Khalid Ibrahim, seorang lagi Khalid Samad. Malah dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, nasib mereka juga nampak hampir sama juga.

Jika Khalid menjadi Menteri Besar yang tidak dipercayai lagi oleh pemimpin-pemimpin PKR kawasannya sendiri di cabang PKR Kuala Selangor, Khalid ahli parlimen PAS Shah Alam pula berdepan protes masyarakat Islam ekoran kenyataannya berhubung isu Kalimah Allah.

Malah lebih malang lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Shah Alam itu dianggap sesetengah pihak sebagai cuba mencabar bidang kuasa Sultan Selangor selepas mengeluarkan kenyataan menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Baca baki entri ini »

Rakyat Johor Berdukacita…Kemangkatan Sultan Johor

Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.

Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.

Baca baki entri ini »

Misteri: Bayi dilarikan bunian

SEIRING dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.

Allah juga tidak akan menurunkan dugaan yang melampaui kemampuan manusia tetapi jika namanya makhluk lemah ujian yang sedikit pun dipandang berat. Lebih-lebih lagi jika ujian yang menimpa sukar diterima akal.

Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.

Baca baki entri ini »

Niat jahat media di sebalik ‘cah keting’

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas media yang menurutnya telah memperbesar-besarkan isu “cah keting” atau tikam belakang dalam parti itu sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lalu supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.

Baca baki entri ini »

Dua surau di Muar dibakar, dipercayai perbuatan khianat

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini – sebuah daripadanya rosak teruk. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Baca baki entri ini »

Kenapa ‘Allah’ popular kepada penganut Kristian

MALAYSIAKINI – Keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa penerbitan Herald boleh terus menggunakan istilah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di seluruh negara.

Sesetengah daripada komen dan reaksi tersebut tidak membantu usaha pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini.

Sejurus selepas perkara ini dibawa ke mahkamah, saya telah menggesa semua pihak supaya menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mahkamah untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Saya percaya bahawa hakim Datuk Lau Bee Lian telah melihat segala aspek sejarah dan hak perlembagaan sebelum membuat keputusan tersebut.

Baca baki entri ini »

PUISI : Ya Gaza

Ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza
ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza
kota raya yang bermandikan darah
anak-anak Palestina yang dirindukan
kemerdekaan dan perdamaian
bumi subur yang menjadi rebutan
dari seribu kekejaman tanpa destinasi.

Ya Hamas, ya Hamas, ya Hamas
ya Palestina, ya Palestina, ya Palestina
bermandi darah engkau
di bumi yang menjadi penghuni
orang-orang Arab yang tidak mahu bersatu
sejak zaman berzaman bersilang
dalam kemelut waktu dukamu.

ya, Israel, ya Israel, ya Israel
alias bangsa Yahudi terkutuk
kausasarkan peluru beracun
dan ledakan bom-bom serta motar
pada tubuh-tubuh tidak berdosa
engkau ranapkan masjid-masjid dan sekolah
di bumi Gaza
biarpun protes dari seluruh dunia
namun kedegilan, terus membara di kepalamu …

Dr Ahmad Razali Yusuf

Sumber : Berita Harian Online.

Harga Rokok Mungkin RM50, Apa Kata Perokok?

UTUSAN MALAYSIA – Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baca baki entri ini »

Pelajar Agama Dicekup Khalwat

Foto dipetik : KOSMO! : DI HOTEL inilah tempat sepasang kekasih dari sebuah kolej agama di Selangor ditahan berkhalwat Isnin lalu.

KOSMO! Online – SEREMBAN – Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.

Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.

Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Baca baki entri ini »

PKR Kuala Selangor Diketuai Khalid Ibrahim ‘Lumpuh’ Ramai AJK Letak Jawatan

BERNAMA – Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap “lumpuh” setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita Rabu, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.

Baca baki entri ini »

34 Didakwa Rasuah Pasir, Habuan Seks

MALAYSIAKINI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu.

Baca baki entri ini »

Dua Beradik Antara Lapan ditahan Kes Bakar Gereja

BERNAMA – Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi ini selepas 12 hari kejadian kebakaran gereja yang berlaku pada 8 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.

“Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan jam 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital itu berikutan kecederaan di dada dan tangannya akibat melecur,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Baca baki entri ini »

Adnan Sempit Lagi Menyempit sasar kutipan RM8 juta

SATU pencapaian luar biasa. Itulah yang disifatkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG dan penerbit filem terkenal Metrowealth, David Teo apabila diminta mengulas mengenai jumlah kutipan filem terbitannya yang baru saja ditayangkan minggu lalu iaitu Adnan Sempit.

Foto Dipetik : Berita Harian (Pelakon Utama SEMPIT)

David berkata jumlah yang berjaya dikutip melebihi apa yang pernah diperoleh filem Jangan Pandang Belakang, sebuah filem seram yang pernah mencetuskan fenomena suatu waktu dulu.

“Pada hari pertama tayangannya saja, jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM510,000 berbanding kutipan filem Jangan Pandang Belakang iaitu RM480,000. Malah pada hari Sabtu lepas saja, jumlah penonton yang menyaksikan mencecah angka 100 ribu. Semua ini memang luar biasa buat saya.

Baca baki entri ini »

Nizar Akui Sokongan Melayu Kepada Pembangkang Di Perak Merosot

Foto dipetik : Malaysiakini

BERNAMA – Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Baca baki entri ini »

Ulasan Bekas Paderi Kes Bakar Gereja

KLpos.com – MASYARAKAT Islam harus sentiasa menghormati agama lain dan menjaga sensitiviti golongan bukan Islam meskipun mereka tidak setuju dengan pegangan dan kepercayaan agama mereka.

Ini kerana Islam berpegang pada prinsip keamanan dan bukan keganasan, malah setiap individu seharusnya diberi kebebasan mengamalkan agama.

Penceramah dan penulis terkemuka Britain,  Idris Tawfiq, berkata demikian ketika memberi pandangan terhadap insiden pembakaran gereja di Malaysia yang hangat dipaparkan di media massa baru-baru ini.

Baca baki entri ini »

« Older entries