KEPUTUSAN DENDA RM2000 TIAN CHUA CETUS PERSOALAN

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 terhadap Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang didapati bersalah mencederakan anggota polis tiga tahun lalu, menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai wakil rakyat.

Peguam terkemuka, Karpal Singh dan pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Shamrahayu Ab Aziz berpendapat undang-undang adalah jelas bahawa Tian Chua hilang kelayakan walaupun hukuman denda ke atasnya dikurangkan.

Kontroversi itu timbul apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya, kelmarin, berkata hukuman dikurangkan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Bagaimanapun, Karpal berpendapat Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih, serta tidak mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan pula, seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah itu dalam tempoh 14 hari.

“Sekiranya Tian Chua hendak mengemukakan rayuan, beliau perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu daripada Mahkamah Rayuan, tetapi hendaklah berdasarkan kepada persoalan undang-undang dan bukan untuk mengetepikan hukuman,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.
Mengambil satu contoh kes sama pada 1975, Karpal berkata, Ahli Parlimen DAP Fan Yew Teng bagi kawasan Menglembu (ketika itu) yang dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan, terpaksa mengosongkan kerusinya.

Shamrahayu yang juga Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berpandangan sama dengan Karpal, berkata tidak wujud sebarang kekeliruan dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, peguam Tian Chua, Amer Hamzah Arshad tetap dengan pendiriannya bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan Ghazali tidak tersilap dalam penghakimannya.

Amer Hamzah pula mengambil contoh kes Pegawai Pendakwa lawan Leong Yin Ming pada 1993 apabila Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa interpretasi ‘tidak kurang’ dalam Perkara 48(1)(e) bermaksud ‘lebih’, bermakna bagi menjadikan anak guamnya hilang kelayakan, Tian Chua hendaklah didenda melebihi RM2,000.

Dalam pada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pihaknya sehingga kini tidak menerima sebarang surat atau dokumen rasmi daripada pendakwa raya berhubung kes Tian Chua.

“Sama ada pilihan raya kecil akan diadakan atau tidak bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata hanya Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya.

“SPR hanya menunggu makluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat dan buat masa ini, SPR tidak boleh mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Berita Harian difahamkan, pendakwa raya dan peguam bela Tian Chua akan mengadakan perjumpaan dengan Ghazali, Isnin ini untuk penjelasan mengenai keputusannya.

Sumber : Berita Harian Online

//

1 Komen

  1. Ramyus said,

    20 Jun 2010 pada 9:00 am

    Ini lah bukti,Jika ada Ahli politik pembangkang melakukan kesilapan atau jenayah maka pakat ramai-ramai ahli PAS/PKR membela supaya dilepaskan daripada hukuman.Contoh banyak seperti yang dilaporkan dalam media, malah sanggup angkat sepanduk tanda sokongan untuk memberi pembelaan kepada pemimpin yang jelas melakukan kemungkaran.Tapi jika UMNO/BN melakukan kesalahan maka bagai nak tercabut bulu ekor nak bercakap melalui berbagai saluran berita supaya mendapat sokongan membongkarkan kelemahan pemerintah.Tapi bila nak dapatkan bantuan atau kemudahan daripada kerajaan dengan muka selamba tak tau malu terima juga.Bila UMNO ajak PAS bekerjasama membela menegakkan negara islam depa kata macam-macam kononnya UMNO tak cukup islam.Sedangkan islam mengajar umatnya agar bersatu.Sewajibnya kita kena bersatu dalam UMNO sebagai lambang membena negara islam di Malaysia tercinta ini.Ingatla nasib anak cucu kita masa akan datang.Bersatu teguh bercerai roboh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: