Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ‘special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ‘special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Pertempuran di tiga bukit tentukan nasib Barisan dan Pakatan

5_1

KLpos – APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.

Bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pun sahih. Tarikh pilihan rayanya pada 7 April hadapan. Manakala bukit Lanjan dalam perhitungan.

Seperti kebetulan juga, tiga bangsa mewakili kerusi-kerusi berkenaan.

Baca baki entri ini »

TOYO KENA SAMAN…Kesian…

MALAYSIAKINI – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

khalid ibrahim on klang bas terminal 090109 03Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk “Lexus is my own, says Khalid” pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk “Lepaskan Jawatan MB” pada 23 Januari lalu.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Baca baki entri ini »

Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan

MALAYSIAKINI – Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 12Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.

Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertulis, “YB ELI, WE SUPPORT YOU”, “YB ELI, DON’T GIVE IN TO YOUR ENEMY” dan “YB ELI, DON’T GIVE UP, WE LOVE U”.

Turut hadir memberi sokongan kepada exco Selangor itu, kira-kira 10 orang dari barisan kepimpinan Wanita PKR.

Baca baki entri ini »

Seorang lagi pemimpin PKR dilarang masuk S’wak

MALAYSIAKINI – Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.

r sivarasa 270208Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi.

“Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, “Sorry, ada masalah’. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan,” katanya ketika dihubungi.

Baca baki entri ini »

3 Adun ‘melompat’ di Perak hidup dalam tempurung…

HARAKAHDAILY – KOTA BHARU – Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.

Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.

Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.

Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.

Baca baki entri ini »

Parlimen Bukit Gantang: PAS ada enam calon

hadimStar – KUALA TERENGGANU: PAS mempunyai enam calon berpotensi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada April 7 depan dan kini dalam proses menentukan calon yang paling sesuai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pandangan daripada akar umbi juga penting dalam pemilihan calon.

“Pendapat daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan turut dipertimbangkan sebelum calon dinamakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bekas Ketua Wanita PPP umum tanding DUN Bukit Selambau

saralamStar – SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.

“Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.

Baca baki entri ini »

TERKINI : Speaker ada hak keluar waran tangkap MB, Exco baru Perak

BERITA HARIAN – IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pada sidang akhar di sini, hari ini.

Pakatan DAP, Pas, PKR di ambang perpecahan?

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Belumpun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri.

Hubungan antara DAP dan Pas sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan Pas apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan Pas manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.

Baca baki entri ini »

Guan Eng Dakwa NGO Bidas Pakatan Rakyat Konco Umno

BERNAMA – PULAU PINANG — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membidas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berhubung kemelut politik di Perak sebagai konco Umno.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa Umno membangkitkan sentimen kaum untuk kepentingan politik parti itu.

“Mengapa kita mesti membalas dan membuat reaksi kepada konco-konco Umno?,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut pemimpin NGO Melayu mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.

Baca baki entri ini »

PAS setuju PKR tanding di Bkt Selambau

MALAYSIAKINI – PAS – salah sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat – bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, di Kedah ditandingi calon PKR kerana ia memang  kerusi tradisi parti tersebut.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika diminta mengulas desas-desus bahawa parti itu berminat meletakkan calonnya bertanding kerusi tersebut.

Ekoran itu, katanya, soal calon tidak dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS negeri Kedah petang semalam.

Sebaliknya, kata beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata, mesyuarat semalam menumpukan kepada soal membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Baca baki entri ini »

Nizar saman Zambry…

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR –Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.

Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini.

Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.

Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Baca baki entri ini »

Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau serentak…7 April

pil-posterxxx

AGENDA DAILY – Setelah seminggu cuba ‘berkubu dan beroperasi sebagai Menteri Besar’ dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh sejak dititahkan melepaskan jawatan oleh Sultan Perak, Khamis lalu, akhirnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari Khamis membuat keputusan untuk keluar daripada kediaman rasmi berkenaan.

Katanya, beliau akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dalam tempoh 10 hari mulai hari ini.

Katanya beliau telah diminta secara baik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk mengosongkan kediaman rasmi menteri besar itu melalui satu panggilan telefon hari ini.

Baca baki entri ini »

Temerloh, Kuantan lokasi agen Umno cari undi

HARAKAHDAILY – TEMERLOH – Tidak sampai sebulan lagi Perhimpunan Agung Umno akan diadakan. Menjelang tempoh itu membuatkan mereka yang bakal bertanding semakin tidak dapat tidur lena.

Bagi memudahkan urusan mencari undi, calon-calon yang bakal bertanding menggunakan khidmat agen tertentu bagi menemui perwakilan bahagian-bahagian.

Dan bandar ini menjadi lokasi strategik bagi kegiatan mereka.

Seorang pemimpin Umno ketika ditemui di sini berkata, Temerloh dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau.

Baca baki entri ini »

Larangan ceramah politik di Perak, KENAPA tidak di negeri-negeri lain ???

MALAYSIAKINI – Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

“Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

“Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan,” kata Musa.

Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.

Baca baki entri ini »

Arumugam:PKR nak tutup pekong kot ?

aru440

AGENDA DAILY – Perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau,Kedah V. Arumugam masih menjadi misteri bagi kebanyakan orang.

Setakat apa yang disebarkan oleh pembangkang ialah dakwaan beliau ‘ dah tak tahan lagi ’ kena macam-macam ugutan.

Tidak kurang menarik ialah dakwaan mengatakan Barisan Nasional ada menawarkan RM 5 juta untuk beliau melompat parti.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat puji Arumugam melangit kerana merasakan beliau pertahankan prinsip tolak tawan BN .”Bukan senang nak melepas tekanan daripada UMNO dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara,”kata Menteri Besar Kelantan itu.

Baca baki entri ini »

Harakah dan Suara Keadilan pula dirampas…Jahat..Jahat !!!

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

“Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

“Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan,” tegas beliau.

Baca baki entri ini »

Nik Aziz: tidak setuju Nizar dicalonkan di Bukit Gantang

BERITA HARIAN – KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat selagi Mohammad Nizar masih dianggap oleh Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak, adalah tidak sesuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding untuk kerusi Parlimen itu.

Baca baki entri ini »

BN berusaha keras untuk tawan semula dua kerusi – POK LOH.

bnKLpos – PUTRAJAYA: Persediaan rapi di peringkat awal akan menjadi asas persiapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau, Kedah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, semua pihak akan diarahkan untuk memainkan peranan masing-masing sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kawasan berkenaan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, kerja keras dan kerjasama padu antara semua pihak amat perlu dalam memastikan kemenangan BN ke atas kedua-dua kerusi berkenaan.

Baca baki entri ini »

« Older entries