Anwar nasihat Fairus turun padang

MALAYSIAKINI – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

anwar ibrahim 290408Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.

Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

Baca baki entri ini »

Gerakan gesa Ketua Umno Bukit Bendera dikenakan tindakan

mSTAR – KUALA LUMPUR: Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk seri Chia Kwang Chye berkata, ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail.

Baca baki entri ini »

Sambutan ulang tahun kemerdekaan

MALAYSIAKINI – Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ke-51 dalam suasana yang yang bercampur-campur – ada yang gembira, adalah pula yang muram ekoran kenaikan harga minyak yang turut mengakibatkan kenaikan harga barang.

Pastinya kakitangan kerajaan gembira dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 ketika membentangkan bajet 2009 Jumaat lalu.

Baca baki entri ini »

Kulim-Bandar Baharu antara 3 kerusi lagi saksi pilihan raya kecil?

mSTAR – PETALING JAYA: Selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu kini tumpuan beralih ke atas tiga kerusi termasuk dua di utara Semenanjung.

Sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diumumkan, pemerhati-pemerhati dan parti-parti politik sudah mula melihat tahap saingan jika pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sanglang dan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebenarnya terdapat tiga kerusi yang menjadi banyak pihak perhatian sejak kebelakangan ini.

Baca baki entri ini »

Hasrat Anwar capai sasaran 16 September sukar – Ku Li

mSTAR – KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini sukar untuk menjadi kenyataan.

Menurut beliau, persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu  PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dilihat masih belum jitu.

“Saya tak yakin itu akan berlaku… kita lihat tak ada kesungguhan dalam pakatan itu, kalau satu pihak (pun) tak boleh beri persetujuan (dalam beberapa perkara)… (saya tidak nampak) bagaimana cadangan itu dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Baca baki entri ini »

Nafsu orang tua

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Ramai cenderung menganggap mereka miang, buang tabiat dan tak sedar diri apabila lelaki warga emas yang kematian isteri ingin kembali bercinta atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin.

Hakikatnya, tanggapan negatif itu menimbulkan tekanan kepada golongan terbabit sehingga ada yang gagal mengawal nafsu lalu terjebak dalam jenayah seksual, termasuk sumbang mahram.

Baca baki entri ini »

Akujanji Ahli Parlimen Sabah satu tindakan terdesak

HARAKAHDAILY – KOTA KINABALU – Tindakan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksa ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji merupakan suatu tindakan terdesak bagi mengelak Barisan Nasional (BN) tersungkur menyembah bumi.

“PM jelas merasa cemas dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ini amat ditakuti oleh Najib dan Abdullah sehingga mereka memaksa ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji bagi mengelak parti itu tersungkur menyembah bumi,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Baca baki entri ini »

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

HARAKAHDAILY – Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Baca baki entri ini »

UMNO akan bersihkan parti, tak mahu ahli musang berbulu ayam

AGENDA DAILY – UMNO akan melakukan pembersihan terutama di peringkat cawangan bagi memastikan hanya ahli yang tulin dan setia sahaja kekal dalam parti itu.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meminta ahli-ahli yang sudah atau mahu keluar parti membuat perisytiharan.

“Kita tidak mahu ada antara mereka jadi talam dua muka, gunting dalam lipatan atau musang berbulan ayam yang akan merosakkan UMNO,” katanya kepada Agendadaily di Putrajaya, Sabtu.

Baca baki entri ini »

Sebab Ahli Parlimen Sabah tak mahu tandatangan surat jaminan setia…

AGENDA DAILY – Sebilangan Ahli Parlimen Sabah yang tidak mahu tandatangan surat jaminan taat setia ke atas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan kerana mereka tidak sokong Perdana Menteri tetapi kerana sememangnya mereka tidak ada niat langsung nak lompat parti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu menjelaskan para Ahli Parlimen berkenaan tetap sokong Barisan Nasional cuma mereka tidak bersetuju dengan kaedah mengumpul tanda tangan jaminan taat setia.

Usaha mengumpul tandatangan itu diterajui oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Afdal yang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen petang Khamis bersama lebih 20 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyuarakan kesetiaan mereka kepada BN.

Baca baki entri ini »

Anwar: ‘Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat parti’

mSTAR – PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak – antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Baca baki entri ini »

Dilema imam Ramlang: ‘Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah’

mSTAR – PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

“Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Baca baki entri ini »

Othman Abdul nafi beri wang pada ahli ke Ptg Pauh

MALAYSIAKINI – Bekas ketua Umno bahagian Pendang, Datuk Othman Abdul menafikan dakwaan bahawa beliau memberi wang kepada ahli parti untuk ke Permatang Pauh semasa pilihanraya kecil di situ.

othman abdulBeliau berkata, laporan sedemikian rupa muncul kerana beliau akan bertanding jawatan ketua bahagian Pendang, Oktober depan.

“Tidak betul…itu tipu kalau kata saya hendak beri wang kepada mereka.

Baca baki entri ini »

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang esok?

mSTAR – PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak!

Adakah ia akan menjadi kenyataan esok?

“Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua,” kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini.

“Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar,” tambah beliau.

Baca baki entri ini »

Pertemuan rahsia Anwar, amaran Pak Lah jangan rampas mandat sah BN

mSTAR- PETALING JAYA: Dilihat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang cuba untuk membentuk kerajaan persekutuan menggunakan jalan belakang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah.

Ketika membentangkan ucapan Bajet 2009 di Parlimen hari ini, Abdullah tidak merujuk dengan khusus mana-mana pihak tetapi pemerhati politik melihat ia menjurus ke arah Pakatan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca baki entri ini »

Pak Lah cakap depan-depan dan sindir-sindir Anwar…

AGENDA DAILY – BERDEPAN… Jika selama ini isu pembentukan kerajaan 16 September menjadi bahan ‘perbahasan’ terbuka di medan yang berasingan, hari Jumaat, semasa pembentangan Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyentuh isu itu berdepan dengan orang yang bercita-cita membentuk kerajaan baru berkenaan.

Abdullah dalam ucapan penutupnya semasa membentangkan bajet tersebut walaupun tidak menyebut nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi kalimat yang dilontarkan sudah cukup untuk ditafsirkan sebagai ingatan kepada Anwar.


Baca baki entri ini »

Belanjawan ‘gula-gula’ rakyat, Abdullah mula gementar – Anwar

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2009 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai satu pemberian ‘gula-gula’ untuk mengabui mata rakyat dan mula gementar dengan proses peralihan kuasa.

Menurut Ketua Pembangkang,Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berupaya untuk memberikan ransangan baru.

“Masalahnya tidak ada pelaburan baru, pengurusan yang lembab dan rasuah tidak ditangani.

Baca baki entri ini »

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51- Tuan Guru Abdul Hadi Awang

HARAKAHDAILY – Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Baca baki entri ini »

Abdullah bidas Anwar: Bazir masa layan ‘ugutan oportunis’

MALAYSIAKINI – Perdana menteri menamatkan ucapan pembentangan Bajet 2009 dengan penegasan “tidak akan membenarkan” wujud perubahan kerajaan persekutuan seperti diuar-uarkan sedang diusahakan oleh ketua pembangkang.

“Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan.

“Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti BN yang telah menang majoriti pilihanraya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di hujung ucapan 90 minit di Dewan Rakyat petang ini.

budget 2009 290808 11Tambahnya, kerajaan pimpinannya “tidak akan membazirkan masa lagi dengan ugutan-ugutan golongan oportunis untuk merampas mandat rakyat melalui cara-cara yang tidak demokratik.”

Kenyataannya itu mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli parlimen penyokong kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disahkan secara rasmi sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat semalam, sejak beberapa bulan lepas meletakkan sasarannya sehingga 16 September ini untuk membentuk kerajaan baru.

Baca baki entri ini »

Sertai Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

Baca baki entri ini »

« Older entries