Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

HARAKAHDAILY – IPOH – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

“Saya berdoa dan berharap Dato’ Seri Anwar diberikan kemenangan,”

APA KOMEN ANDA ?

2 Komen

  1. TigerChan said,

    18 Ogos 2008 pada 7:05 am

    Saya ada mendengar satu ceramah Anwar Ibrahim yang dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri dilaknat. Dalam kes Saiful bersumpah adalah TIDAK menepati kehendak Islam. Pertama, sumpah itu hendaklah dilafazkan banyak kali sehingga dia menjadi letih, akhir sekali disudahi dia Saiful itu dilaknat Allah jika dia bercakap bohong. Kedua, bersumpah itu hendaklah ke atas dirinya sendiri, bukan membabitkan keluarga dan keturunannya. Ketiga, dia tidak boleh menyebut dilaknat sampai kiamat. Keempat, sumpahnya tidak boleh memberi apa-apa kesan hukum terhadap Anwar Ibrahim yang dituduh kerana sumpah itu hanyalah tuduhan, kita tidak wajib percaya kepadanya. Kelima, sumpah yang dibuat hendaklah dibuat dalam mahkamah syariah bukan dalam masjid. Keenam, sumpahan dia boleh menyebabkan dia tidak boleh diterima saksi selama-lamanya kerana sumpahnya ialah munuduh, tak kira dia sebut dengan nama Allah atau tidak. Ertinya, dia secara terbuka mengaibkan maruah orang. Maka dengan itu dia perlu membawa 4 orang saksi yang beriman, kalau tidak dia kena sebat 80 kali. Anwar Ibrahim hanya perlu diam kerana dia berada di pihak yang dituduh. Tambahan pula Saiful bersumpah dengan nama Allah membabitkan soal ugama dan syariah dan tempatnya ialah pengadilan secara syariah. Jadi Saiful sudah mempermain-mainkan ugama, iaitu menolak hukum QAZAF, samalah dia menjadi kufur. Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri

  2. hamba allah said,

    18 Ogos 2008 pada 10:04 am

    Apa yang dikatakan oleh Tok Guru dan komen di atas 100% benar dan di sokong. Saiful patong umno yang bodoh ugama.


Tinggalkan komen