MAHU BONUS 2 BULAN GAJI

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

“Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, hari ini.

Baca baki entri ini »

DR M : LESEN JUDI DILULUSKAN JIKA SAYA BERKUASA…

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

“Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah,” katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

“Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

“Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram,” katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

Baca baki entri ini »

UJIAN KHAS KE ASRAMA PENUH

PUTRAJAYA – Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,” katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam.

Baca baki entri ini »

DR ASRI,MUFTI : MENGAPA KERAJAAN BN BOHONG??

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Baca baki entri ini »

PENUNJUK PERASAAN MAHU ARIEL DIREJAM!!!

JAKARTA – Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.

Baca baki entri ini »

LAYAN LIMA LELAKI SEHARI

KUALA LUMPUR – Bagaikan pesta jual tubuh!Kegiatan ‘kupu-kupu’ China di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini didapati semakin menjadi-jadi semalam dan jumlahnya bertambah ramai pada hujung minggu.

Tinjauan wartawan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bukan sahaja di pintu tandas, kali ini pelacur warga China itu semakin ramai berkeliaran mencari pelanggan termasuk di depan eskalator dan tangga pasar raya berkenaan.

Difahamkan, selain memenuhi nafsu lelaki tempatan, bilangan pelacur itu bertambah bagi memenuhi permintaan tinggi terutama di kalangan lelaki warga asing seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Baca baki entri ini »

Dr MOHD ASRI MASUK UMNO?

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini,” tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Baca baki entri ini »

MENJADI HAMBA SEKS ABANG KANDUNG SENDIRI

PETALING JAYA: Seorang gadis yang menjadi hamba seks abang kandungnya sejak tiga tahun lalu nekad membuat laporan polis walaupun sebelum ini cuba berbuat demikian, tetapi dilarang kedua ibu bapanya bagi mengelak aib keluarga.

Gadis berusia 17 tahun itu mendakwa sering dirogol abangnya yang berusia 24 tahun ketika ketiadaan orang di rumahnya, di Taman Medan di sini.

Mangsa membuat laporan polis semalam.

Baca baki entri ini »

KATAK PANGGIL HUJAN, BANGAU JUGA YANG KURUS

Assalamualaikum, Keputusan perbicaraan YB Tian Chu menjadi tempelakan terbaik buat katak katak yang melompat terutama dalam aspek membantu penduduk di kawasan mereka.YB Tian Chu berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP kalau keputusan ini kekal dan satu pilihanraya kecil bakal di adakan di kawasannya.

YB Tian Chu tidak melompat tetapi dilucutkan kelayakan kerana undang undang menetapkan demikian.Yang tersirat kalau kemungkinan ini terjadi ialah YB Tian Chu merupakan ahli politik yang benar benar mahu membantu rakyat kerana apabila pilihanraya diadakan di parlimennya, maka mencurahlah peruntukan kerajaan masuk dan dengan itu rakyat di parlimen Batu akan terbela.Mesej ini ingin disampaikan kepada katak katak bahawa jika benar mereka ingin membantu rakyat di kawasan mereka, letak jawatan  untuk membolehkan plihanraya kecil diadakan sekaligus datangnya peruntukan demi peruntukan kerajaan di kawasan masing masing.

Baca baki entri ini »

UMNO dan JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT: PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Baca baki entri ini »

KEPUTUSAN DENDA RM2000 TIAN CHUA CETUS PERSOALAN

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 terhadap Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang didapati bersalah mencederakan anggota polis tiga tahun lalu, menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai wakil rakyat.

Peguam terkemuka, Karpal Singh dan pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Shamrahayu Ab Aziz berpendapat undang-undang adalah jelas bahawa Tian Chua hilang kelayakan walaupun hukuman denda ke atasnya dikurangkan.

Kontroversi itu timbul apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya, kelmarin, berkata hukuman dikurangkan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Baca baki entri ini »

GODAAN SYAHWAT AMOI

KUALA LUMPUR – Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini.

Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda.

Baca baki entri ini »

SAIFUL APEK DIBEBASKAN

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil. “Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.

Baca baki entri ini »

3 BERADIK JADI HAMBA SEKS

KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba kepada ibu dan bapa ayam yang mendalangi aktiviti pelacuran di negeri ini.

Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, kelmarin.

Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa.

Baca baki entri ini »

HAK ANAK-ANAK AZRINAZ KEKAL

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.

Baca baki entri ini »

ANCAMAN PENGGANAS PROPAGANDA UMNO-BN

KUALA LUMPUR: Isu ancaman kumpulan pengganas yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kegiatan operasi mereka serta melibatkan mahasiswa tempatan hanyalah sebagai satu propaganda kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mengalih pandangan terhadap isu besar lain dalam negara.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu itu merupakan satu lagi taktik baru Umno-BN untuk melarikan diri daripada menyelesaikan isu besar lain yang membabitkan rakyat.

Wujud pelbagai tekanan daripada rakyat yang membabitkan isu lesen judi bola sepak, APCO, subsidi, penyerahan tanah warisan hak kaum Melayu kepada pihak swasta dalam masa yang singkat dan sehingga kini mereka gagal selesaikan.”Rakyat jangan terpedaya dengan helah Umno-BN untuk alih isu besar dan menakut-nakutkan rakyat.

Baca baki entri ini »

CEMBURU BUTA : LARI SEPARUH BOGEL

KUANTAN – Seorang wanita terpaksa berlari dalam keadaan separuh bogel bagi menyelamatkan dirinya daripada terus disimbahkan asid oleh suaminya yang cemburu buta dalam kejadian di perumahan pekerja ladang getah Kemasui, Mengkarak dekat Bera kelmarin.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan pengurus ladang untuk meminta cuti.

Baca baki entri ini »

SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ TALAK SATU

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Baca baki entri ini »

PANAS!!! Betul Ke 40,000 benci Fasha?

“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.

Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.

“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.

Baca baki entri ini »

Kelantan Tolak Lantik Wakil Pantau Wang Ehsan

Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.

Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Baca baki entri ini »

« Older entries