PANAS!!! Betul Ke 40,000 benci Fasha?

“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.

Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.

“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.

“Saya yakin tindakan itu tidak akan melunturkan minat orang kepada saya kerana buktinya saya tersenarai juga dalam top 5 untuk Anugerah Bintang Popular yang bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya kepada Metro Ahad.

Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.

Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.

Bilangan itu meningkat dari sehari ke sehari.

Mengulas lebih lanjut, Fasha berkata, dia mengetahui mengenai perkara itu melalui pengurusnya minggu lalu dan dia tidak mahu menuduh sesiapa yang bertanggungjawab mewujudkannya.

“Negara kita ada undang-undang. Jika tindakan itu melampau, mungkin tindakan diambil. Pengurus saya kata mungkin mengambil tindakan mengenainya.

“Baru-baru ini pun pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang yang menyalah guna Facebook, pastinya tindakan sama juga boleh diambil,” katanya.

Fasha berkata, walaupun pelbagai kontroversi atau tuduhan dilemparkan terhadapnya, rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas kerana jadualnya sentiasa padat dengan aktiviti lakonan sehingga Mac depan.

Selain Spa Qistina, dia akan menjalani penggambaran satu lagi drama bersiri ‘Dia Atilia’, manakala satu lagi drama lakonannya ‘Bagaikan Sumayyah’ akan ditayangkan di TV3 pada Februari ini.

Sementara itu, pengurus Fasha, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman, berkata pihaknya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kewujudan ‘I Hate Fasha Sandha’ kerana menyifatkan ia bertujuan memburukkan imej Fasha.

“Kami akan mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif dalam bidang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Dia berkata, Fasha mungkin tidak peduli mengenai perkara itu, tetapi fitnah yang dilemparkan menerusi Facebook itu seharusnya dihentikan.

“Kami masih berbincang dengan pihak pengurusan dan keluarga Fasha mengenai hal ini. Peguam Fasha berkata laporan polis boleh dibuat,” katanya.

Sumber Info : Harian Metro

1 Komen

  1. fazli said,

    8 April 2010 pada 9:59 am

    truskan perjuangan wlaupn d hina dan d caci


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: