Lagi gambar lucah anak peneroka diedar

BERITA HARIAN (SEGAMAT) : Belum lagi sejuk cerita rakaman aksi lucah ‘Budak Jolai’ membabitkan pasangan remaja Felda Jelai, Negeri Sembilan, masyarakat Felda Pemanis di sini, digemparkan dengan pengedaran rakaman gambar aksi lucah pasangan remaja anak peneroka yang dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit baru-baru ini.

Rakaman aksi itu yang dibuat melalui kamera telefon bimbit diedar kepada penduduk tertentu di penempatan berkenaan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) beberapa hari lalu.

Selain pasangan itu yang berusia antara 19 hingga 22 tahun bertindak sebagai ‘pelakon’ dalam rakaman berkenaan, dipercayai seorang lagi bertindak sebagai jurukamera merakam aksi menjijikkan itu.

Kehadiran orang ketiga itu berdasarkan kepada hasil rakaman yang dibuat pelbagai sudut, antaranya posisi bahagian belakang tubuh kedua-dua ‘pelakon’ berkenaan.

Remaja wanita itu yang dipercayai sudah berumah tangga lengkap memakai baju kurung dan bertudung ketika melakukan adegan lucah bersama lelaki yang hanya memakai kemeja-T.

Perlakuan pasangan itu bersebelahan motosikal, dipercayai dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit milik seorang peneroka Felda Pemanis.

Setakat ini, difahamkan belum ada lagi pihak yang membuat laporan berhubung penerimaan MMS di balai polis berdekatan.

Advertisements

24 Komen

  1. tukangfitnah said,

    10 Julai 2008 pada 7:03 pm

    saya harap penulis blog boleh remove nama video tersebut. harap2 orang blur untuk mencari mana satu video yang disebut. tindakan ibarat memberi petunjuk kepada video tersebut. sekian.

  2. tukangfitnah said,

    10 Julai 2008 pada 7:09 pm

    huh

  3. 10 Julai 2008 pada 10:05 pm

    Kalau ada yang tahu kegiatan ini, cepat-cepat buat aduan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan beberapa insiden yang tidak diingini.
    1) para pelaksana kegiatan tersebut akan lebih rakus lagi “melaksanakan kewajipan” mereka itu dan secara tidak langsung kegiatan zina ini akan terus bermaharajalela.
    2)kemungkinan besar video itu dimuat turunkan dalam internet @ teknologi MMS kepada pengguna telefon yang lain. sudah tentu bagi mereka yang dipandu oleh nafsu, pasti akan terikut-ikut dan terjebak dengan perkara yang terlaknat itu.
    oleh yang demikian, pembanterasan kegiatan kemaksiatan ini bukan hanya terletak di bahu pihak penguasa, bahkan juga kita sebagai HAMBA ALLAH. Ayuh teman-teman, tegakkan syiar islam. HAPUSKAN KEMAKSIATAN, TEGAKKAN KEMA’RUFAN…

  4. 12 Julai 2008 pada 10:27 pm

    rasanya diorang ni nak sangat jadi artis kot???

  5. waja said,

    15 Julai 2008 pada 4:48 pm

    apa lah nk jd dunia ni

  6. 18 Julai 2008 pada 10:15 am

    Dah bahagian masing2… yg penting kita perbetulkan Diri kita, Keluarga kita dan generasi kita… Jadikan sebagai pengajaran untuk kita… Manusia adalah Insan.. sering lupa dan mengikutkan nafsu…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  7. dani said,

    20 Julai 2008 pada 3:45 pm

    dah byak cite gitu aku tgk kat dlm hp.kalau korang nak cr kat pasar mlm byk.ori melayu punya.korang tau tak napa jg begini zaman sekarang.sebab tiada undang yg setimpal ke atas pesalah ini.siapa yg tanggung dosa kerajaan kita la.

  8. Ruslan Mamat said,

    1 Ogos 2008 pada 8:06 am

    Inilah antara perbuatan yang berlaku dan akan berlaku sehinggalah tiba hari kiamat kelak………..inilah wajah dunia akhir zaman.

  9. DEEN said,

    5 Ogos 2008 pada 2:33 am

    ANWAR IS A FIGHTER………
    REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

  10. akmal said,

    15 September 2008 pada 6:20 pm

    tu lah..
    laen kali kerajaan sptut nye ilnu agme ni di ke tghkn…
    ape gne Islam hadari???
    Islam hadari halal kn rogol???
    Islam hadari xde undang2????

  11. ZUL JER said,

    23 September 2008 pada 11:39 am

    ape sentuh islam hadhari lak niey.. bodo punya olang..

  12. @KEM said,

    7 Oktober 2008 pada 12:52 pm

    salam kpd semua pmbaca…
    jgnlah terkejut dgn kjadian2 spt ini…
    kerana ramai d antara rakyat malaysia,
    xkira r melayu , cina, india ,dan lain2nyer…..sume nyer pernah tonton video lucah…ver-c tamil pun sanggup tonton smbil mendagu dpan video player o dpan internet dgan khusyuk hahaha…aksi2 pornografi yg berleluasa kini telah menyebabkan bangsa kiter mundur dan terlena d buai dgn keasyikan aksi2 porno trsebut….mereka berasa seronok biler have fun mcm tu…released TENSION konon…
    sebenarnyer ‘mereka’ iaitu ‘pelakon’ tidak m’punyai pegangan agama yg kuat dan teguh…prgaulan yg bebas antara laki dan popuan kini adalah punca nye…mereka x hiraukan batas2 prgaulan yg spatutnyer..sedangkan mereka tahu bhawa prlakuan ZINA ialah HARAM…
    “Jika korang selamat d dunia,,ingat?? di akhirat kelak akan dlakonkan semula semua gerak geri dan tingkah laku hambanya” yg brZINA tu…hehe.akan jagk dipertayangkan…tp lebih canggih dr enset korang2 sume beb…
    INGAT-INGATLAH AKHIRAT YE…
    SALAM dr KU hamba TUHAN…YG jagk perna mlakukan maksiat “mata”

  13. org melayu said,

    17 Oktober 2008 pada 3:56 pm

    ok lah tu

  14. sekeh sekali said,

    27 Mac 2009 pada 10:04 am

    …Betapa murahnya harga diri mereka ni…itulah jika nafsu menguasai akal…bawa2lah bertaubat sebelum terlambat…

  15. sodu said,

    29 April 2009 pada 10:27 am

    dia org bukan apa saja nak tiru pemimpin kita…. yg terang-terang mengaku lakukan seks bebas dgn perempuan simpanannya … pun org pilih jadi no. 2…. org tak kisah pun…. tapi yg tengah tido lepas tu kena curi ambik gambar… dan sebar satu malaysia org suruh letak jawatan:
    konklusion: Pemimpin yg lakukan seks bebas masih boleh jadi pemimpin…. tak boleh suruh letak jawatan: TAPI…. yg kena naya…. BUKAN kehendak dia…. di suruh oleh pemimpin ISLAM parti tuuuuuuuuut letak jawatan TAK ke BANGANG namanya tu…. aku tak undi pemimpin mcm ni…. orng kawasan dia yg undi….

  16. sodu said,

    29 April 2009 pada 10:36 am

    maksudnaya orag kawasan undi dia pun bangang macam dia….

  17. nuno said,

    4 Ogos 2009 pada 6:00 pm

    bagi iklan d tv tentang pentingbya maruah seseorg….
    kita malaysia……….
    bukan barat……
    kalau d barat………..mereka malu kalau 14 thn masih virgin……….
    tapi kita timur la……….
    bangga kalu masih virgin

  18. Budak Baik said,

    15 September 2009 pada 10:09 am

    masa uat tu x malu kew???dah kuar video baru nak malu 😉 sesal kemudian x guna

  19. osman hashim said,

    3 Disember 2009 pada 1:38 pm

    Saya anak peneroka Sg Pancing Utara Ktn.25 thn ber hijrah dan ingin memberi peluang pd rakan anak peneroka berniaga.Saya pembekal baja organik gunung Berapi zeolite.adik sy yg duduk d felda sy syorkan baja tersebut dan hasilnya 30 tandan dapat 1 tan.Dan baja ini bukan utk sawit sj malah padi,getah buah buahan sayuran.3 kali buat ekspo d kawasan pelimen YB memteri petanian dan d MITC Ayer Keroh Melaka.sambut an amat positif apa lg bekar MB PHG turut hadir beri galak kan.hubungi sy utk keterang.0196149541 osman

  20. eynapalong7 said,

    29 Disember 2009 pada 3:08 pm

    memalukan anak peneroka je la..ingat body 2 cantik sangat ke!!!!!!!!!!

  21. eynapalong said,

    29 Disember 2009 pada 3:22 pm

    bertaubat la ckit..kite nie pompuan..orang lain pun de bf gak.c bf 2 naper jahat sangat wat cam2 sekali

  22. Lan said,

    7 Januari 2010 pada 10:51 pm

    sunyi r skrng,kalau ada sesiapa yang nak berkenalan ni no lan…012-9458658

  23. 1 Februari 2010 pada 1:37 am

    hehe… biasanya surat khabar bnyk menolong memberikan pendedahan tentang benda lucah nie kepada orang awam. Jika asalnya tak ramai yg tahu…lepas kua berita semua pun nak tahu…

    huhu sifat ingin tahu… tu pulak nnt menjadi salah satu faktor knp mereka cari pulak benda tu… lagi2 kat internet 🙂

  24. gladys said,

    9 Mei 2010 pada 6:22 pm

    ini biasa berlaku dimana-mana….zaman sekarang terlalu bebas…..jgn biarkan anak anda melakukan perbuatan sedemikian….ini akan memusnahkan maruah keluarga…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: