Kronologi kes ajaran sesat Abdul Kahar

Info Dipetik : Harian Metro 18 Mei 2008

23 Jun 2005: Ketua kumpulan ajaran sesat, Abdul Kahar membuat pengakuan terbuka mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu serta mempunyai syafaat menjamin pengikutnya masuk syurga.

23 Jun 2005: Pihak berkuasa menahan Abdul Kahar yang mengaku sebagai utusan Tuhan dan dua pemimpin kanannya dalam tiga serbuan berasingan di Hulu Klang, Subang Jaya dan Puchong.

23 Jun 2005: Dua pegawai kerajaan dari Jabatan Pelajaran dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membayar wang jaminan, sekali gus membebaskan sementara Abdul Kahar yang ditahan di Balai Polis Hulu Klang.

27 Julai 2005: Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas lima tuduhan mengikut mengikut Seksyen 7, 8 (a), 10 (b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

17 Ogos 2005: Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Abdul Kahar dibebaskan dengan ikat jamin selepas dua penjamin kakitangan kerajaan Kumpulan A membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 seperti dikehendaki mahkamah.

25 Oktober 2005: Pengikut Abdul Kahar yang berang dengan penangkapan pemimpin mereka menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta ‘rasul baru’ dilantik menggantikan pemimpin mereka.

15 Februari 2006: Perbicaraan Abdul Kahar ditangguh buat kali ketiga selepas tertuduh mendakwa baru mendapat khidmat peguam sivil bagi memfail permohonan mempertikaikan semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah.

22 Mac 2006: Mazli dan Mat Razali dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam supaya melantik peguam secepat mungkin atau terpaksa menghadapi perbicaraan tanpa diwakili peguam selepas kes mereka enam kali ditangguhkan.

3 Januari 2007: Abdul Kahar dan dua pengikutnya, Mazli Mansor, 47, dan Mat Razali, 42, dibenar mengemukakan permohonan di Mahkamah Persekutuan mencabar kesahihan lima peruntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

28 Ogos 2007: Mahkamah Persekutuan membenarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjadi pencelah dalam permohonan Abdul Kahar yang mencabar kesahihan lima peruntukan enakmen syariah Selangor.

5 Mac 2008: Pengikut Abdul Kahar, Azanam Mohd Yusof, didakwa di mahkamah kerana didapati mengisytiharkan Abdul Kahar sebagai ‘Rasul Melayu’, sedangkan pengisytiharan itu palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

2 April 2008: Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Azanam kerana gagal hadir di mahkamah dan menghantar surat yang didapati menghina mahkamah.

5 Februari — 22 April 2008: Lima waran tangkap dikeluarkan ke atas Abdul Kahar kerana gagal hadir ke mahkamah, tetapi waran itu gagal disempurnakan kerana mendapat halangan dan Abdul Kahar gagal dijumpai.

23 April 2008: Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Abu Zaky Mohamad menangguh perbicaraan kes Abdul Kahar Ahmad, 57, selepas dia gagal hadir.

Hakim mengarahkan kedua-dua penjamin Abdul Kahar memastikan dia hadir pada perbicaraan 28 Mei ini.

Advertisements

8 Komen

  1. Mamak Penang said,

    18 Mei 2008 pada 2:28 pm

    Abdul kahar itu tak apa mengaku tuhan orang melayu,kita kalau singgah kat Hospital bahagia di Tanjung Rambutan ramai juga mengaku Agong,PM&General yang mengaku presiden bush pun ada…tak heran dengan samdol kahar itu,lebih kurang kategori orang gila jugak.Yang orang pi ikut dia itu jenis apa..sasau ke?.Pada era baru ini ,mujahidin kena ingat ,Ada juga dikatakan,ORANG-ORANG ISLAM DAN JUGA ORANG ISLAM!!!.yang katakan Orang-orang Islam ini hanya sesuai untuk duduk kat bendang untuk buat menakutkan burung-burung yang makan padi saja!.Kita jadi orang muslim sudahlah!.

  2. mujahidin said,

    18 Mei 2008 pada 4:45 pm

    Munkin cita2 depo tak tercapai dulu..sebab 2 jadi gitu..Dok berangan…last2 Tanjung Rambutan jugak tempatnya…Ha ha ha…

  3. sniper said,

    2 Ogos 2008 pada 10:33 pm

    lau kita x kenal dgn sebenar2 kenal ,jgn sesekali baling batu sorok tangan, sebabnya kalau sesuatu tuduhan itu tidak benar, dan xde bukti yg nyata,,,,,,,,, dah jadi satu fitnah. dan tuduhan itu akan berbalik kepada yg berkata x benar………… jalan siang pandang2, jln mlm dengar2

  4. gen2_silver said,

    6 September 2009 pada 12:28 pm

    salam..sapa2 ade alamat abd kahar tak..jom mai kita sama2 tangkap dia.wanted tu..rm20k..bley shere2 wat raye.heh3

  5. antiBioticz said,

    8 September 2009 pada 8:21 pm

    nak jadi rasul…. ape mukjiizat dia, kalau betul dia rasul.. aku rase dia ni mental la,, yg ikut dia 2 lagi laa 2x Ba””gang,, pg ikut org gile mcm2….
    ingat la Rasullulah itu Rasul akhir zaman..
    org kite ni skang nak cari publisiti pun agak2 la, takyah la sampai nak mgaku Rasul,, masuk je AF ke Raja Lawak pun ok hahhaa

  6. Emmy said,

    25 Oktober 2009 pada 7:48 pm

    Malaysia memang kaya dgn pelbagai bakat2… Ada banyak doktor Melayu boleh inject sendiri… Ada banyak Mat Rempit Melayu jadi jagoh dijalanraya… Ada Abuya Pemuda Bani Tamim orang kanan Imam Mahdi Melayu… Ada Ayah Pin Melayu Pemilik Kerajaan Langit. Sekarang dah ada Rasul Melayu pulak dah….

    Kalo benar dia tu Tok Syeikh Kahar tu Rasul Melayu, ngapa tak gunakan Mukjizat Rasul Melayu, masa diarahkan hadir kemahkamah ngapa hilangkan diri..? Agaknya power tak cukup kuat lagi nak hentam Kerajaan. Lepas keluar habes bertapa itu pun tak nampak pun Power Rasul Melayu. Kalo benar dia Rasul Melayu niat aja pasti Allah turunkan bala pada mereka yg menangkap beliau…

    Begitu juga Ayah Pin ngaku Imam Mahdi Pemegang Kerajaan Langit. Apabila markas Ayah Pin dan replika Tekoh Syaitan Water nya diroboh, kemana perginya tentera2 Kerajaan langit Ayah Pin..? Agaknya tentera langit Ayah Pin mogok kot, sebab tak cukup makan… Ayah Pin seorang pengecut, tak gentlemen. Kenapa cabut lari lintang pukang menghilangkan diri…??

    Begitu juga Abuya yg ngaku Orang Kanan kepada Imam Mahdi Syeikh Suhaimi yg didakwa telah ghaib setelah kematiannya. Mengapa bila didalam tahanan ISA, muka Abuya tersangat hodoh hingga berbueh mulutnya kena brain-washed..? Kemana hilangnya kuasa Abuya…?? Dengar cerita Abuya ada kuasa keramah. Kenapa Abuya tak cantas aja mereka yg menangkapnya…???

    Itulah akibatnya kalo cakap tak serupa bikin. Cakap berdebo2 berak atas gelego. Ilmu2 khayalan itu semuanya ilusi2 Minda mereka aja. Tapi keyataannya tak ada… Kalo kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga… Ayam terlepas tangan sendiri berbau tahi ayam….

    Ini bukan jalan siang pandang2, jalan malam dengar2. Ini kenyataan… Lebeh baik dalam kelambu bisik2…udah tentu dapat punya…

  7. filu said,

    10 Mac 2010 pada 12:12 pm

    ayah pin sesat gile gampang

    ……………………………………………………………………………………………,.,.,.,.,.,…,.,.,.,.,.,.][][][][][][][][][][][][][][][][]

  8. orgmanjoi said,

    12 Mei 2010 pada 3:05 am

    camne nak buat. orang2 zaman skang ilmu kureng. bila dengar je orang sembang. dah percaya.. sebab nye cara orang tu mudah sangat. cth,niat sahaja dah cukup untuk sembahyang… aiiiyaaaa…

    kat kampung saya nie.. melimpah2 lagi orang camni.. tapi susah nak ajar orang camni


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: