SPR, Umno/BN cemar kempen Pilihan Raya Permatang Pauh

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Parti KeADILan Rakyat hari ini menghantar nota bantahan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), berikutan kegagalan badan itu mengendalikan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh secara adil dan telus.

Setiausaha Agung KeADILan, Dato’ Sallehuddin Hashim dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengemukakan tujuh sebab mengapa pihaknya mendapati perjalanan pilihan raya tercemar.

Baca baki entri ini »

Advertisements

SPR khuatir ‘panas’ Lunas, Ijok berulang di Permatang Pauh

mSTAR – PERMATANG PAUH: Ketegangan pilihan raya kecil Ijok dan Lunas bakal muncul di Permatang Pauh kali ini?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tersebut walaupun tempoh berkempen masih di peringkat awal.

“Nampaknya daripada pemerhatian kami, keadaan agak panas… sama seperti di beberapa pilihan raya kecil seperti di Ijok, Sanggang, Lunas dan Pendang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Baca baki entri ini »

Permatang Pauh: SPR tidak beri layanan istimewa, Anwar masih diyakini menang

mSTAR – PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Permatang Pauh, penganalisis-penganalisis politik masih yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali mewakili bahagian itu di Parlimen selewat-lewatnya awal bulan depan.

Baca baki entri ini »

Pengakuan Pengerusi SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal

Info Dipetik : Malaysiakini.com 18 Mei 2008

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

“Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan,” kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda. Baca baki entri ini »

Suhakam kecam proses pilihanraya

Info Dipetik : Beh Lih Yi Malaysiakini.com 14 Mei 2008

Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan
piihanraya yang adil dan bebas.

Menurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas – seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan
berhimpun – sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya. Baca baki entri ini »

Tubuhkan s’jaya reformasi p’raya

Info Oleh : Malaysiakini.com 02 Mei 2008

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dicabar menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja mereformasi sistem pilihanraya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan penyelewengan ketika ia diadakan Mac lalu.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) juga membantah kenyataan SPR yang mendakwa pilihanraya umum lalu “satu daripada yang terbaik pernah diadakan.” Baca baki entri ini »

Pantau laman Blog : UGUTAN Terbaru SPR

ANEH! Itu yang dapat kita katakan mengenai kenyataan Wan Ahmad Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini bertindak menggantikan hero SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini bertapa kerana kegagalan grand design untuk memenangkan UMNO/BN di negeri Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya.

Tersentak dengan keputusan pilihan raya yang nampaknya menyerlahkan perancangan SPR yang gagal untuk menipu rakyat, kini Timbalan Pengerusi SPR cuba menghalakan sasarannya ke alam langit dengan kenyataannya: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan. Baca baki entri ini »

Mohamad Sabu fail petisyen pilihan raya minta undi pos tidak dikira

KUALA TERENGGANU 28 April – Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini, memohon supaya 1,089 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dikeluarkan daripada kiraan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bagi kawasan itu.

Mohamad melalui peguamnya, Mohd. Kamaruzaman Abd. Wahab memfailkan petisyen itu kira-kira pukul 11.30 pagi yang diserahkan kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Huda Akmal Mohamed.

Petisyen tersebut dikemukakan Mohamad bagi meminta supaya kertas undi pos itu tidak dikira sebagai undi bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail. Baca baki entri ini »

Kuasa SPR Masih Tidak Cukup, Ingin Pantau Blog Pula..

Info Oleh : Kelantankini.com

KUALA LUMPUR 28 April : Menyedari ramai calon dari Pakatan Rakyat (sebenarnya rakyat yang prihatin) menggunakan blog sebagai medium untuk berkempen (setelah ditutup rapat oleh akhbar perdana) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin meluaskan lagi bidang kuasanya memantau media alternatif itu.

Jika cadangan terbaru SPR itu berjaya (takkan tak lulus pula) maka calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan (SPR pun tak ikut peraturan). Baca baki entri ini »