Guan Eng Dakwa NGO Bidas Pakatan Rakyat Konco Umno

BERNAMA – PULAU PINANG — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membidas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berhubung kemelut politik di Perak sebagai konco Umno.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa Umno membangkitkan sentimen kaum untuk kepentingan politik parti itu.

“Mengapa kita mesti membalas dan membuat reaksi kepada konco-konco Umno?,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut pemimpin NGO Melayu mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.

Baca baki entri ini »

Advertisements

PAS setuju PKR tanding di Bkt Selambau

MALAYSIAKINI – PAS – salah sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat – bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, di Kedah ditandingi calon PKR kerana ia memang  kerusi tradisi parti tersebut.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika diminta mengulas desas-desus bahawa parti itu berminat meletakkan calonnya bertanding kerusi tersebut.

Ekoran itu, katanya, soal calon tidak dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS negeri Kedah petang semalam.

Sebaliknya, kata beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata, mesyuarat semalam menumpukan kepada soal membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Baca baki entri ini »

Nizar saman Zambry…

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR –Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.

Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini.

Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.

Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Baca baki entri ini »

Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau serentak…7 April

pil-posterxxx

AGENDA DAILY – Setelah seminggu cuba ‘berkubu dan beroperasi sebagai Menteri Besar’ dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh sejak dititahkan melepaskan jawatan oleh Sultan Perak, Khamis lalu, akhirnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari Khamis membuat keputusan untuk keluar daripada kediaman rasmi berkenaan.

Katanya, beliau akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dalam tempoh 10 hari mulai hari ini.

Katanya beliau telah diminta secara baik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk mengosongkan kediaman rasmi menteri besar itu melalui satu panggilan telefon hari ini.

Baca baki entri ini »

Temerloh, Kuantan lokasi agen Umno cari undi

HARAKAHDAILY – TEMERLOH – Tidak sampai sebulan lagi Perhimpunan Agung Umno akan diadakan. Menjelang tempoh itu membuatkan mereka yang bakal bertanding semakin tidak dapat tidur lena.

Bagi memudahkan urusan mencari undi, calon-calon yang bakal bertanding menggunakan khidmat agen tertentu bagi menemui perwakilan bahagian-bahagian.

Dan bandar ini menjadi lokasi strategik bagi kegiatan mereka.

Seorang pemimpin Umno ketika ditemui di sini berkata, Temerloh dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau.

Baca baki entri ini »

Larangan ceramah politik di Perak, KENAPA tidak di negeri-negeri lain ???

MALAYSIAKINI – Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

“Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

“Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan,” kata Musa.

Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.

Baca baki entri ini »

Arumugam:PKR nak tutup pekong kot ?

aru440

AGENDA DAILY – Perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau,Kedah V. Arumugam masih menjadi misteri bagi kebanyakan orang.

Setakat apa yang disebarkan oleh pembangkang ialah dakwaan beliau ‘ dah tak tahan lagi ’ kena macam-macam ugutan.

Tidak kurang menarik ialah dakwaan mengatakan Barisan Nasional ada menawarkan RM 5 juta untuk beliau melompat parti.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat puji Arumugam melangit kerana merasakan beliau pertahankan prinsip tolak tawan BN .”Bukan senang nak melepas tekanan daripada UMNO dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara,”kata Menteri Besar Kelantan itu.

Baca baki entri ini »

Harakah dan Suara Keadilan pula dirampas…Jahat..Jahat !!!

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

“Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

“Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan,” tegas beliau.

Baca baki entri ini »

Nik Aziz: tidak setuju Nizar dicalonkan di Bukit Gantang

BERITA HARIAN – KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat selagi Mohammad Nizar masih dianggap oleh Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak, adalah tidak sesuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding untuk kerusi Parlimen itu.

Baca baki entri ini »

BN berusaha keras untuk tawan semula dua kerusi – POK LOH.

bnKLpos – PUTRAJAYA: Persediaan rapi di peringkat awal akan menjadi asas persiapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau, Kedah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, semua pihak akan diarahkan untuk memainkan peranan masing-masing sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kawasan berkenaan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, kerja keras dan kerjasama padu antara semua pihak amat perlu dalam memastikan kemenangan BN ke atas kedua-dua kerusi berkenaan.

Baca baki entri ini »

ARUMUGAM Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

HARAKAHDAILY – ALOR SETAR -Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato’ Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

Baca baki entri ini »

Kerajaan Nizar perlukan ‘magic’ laksamana Do Re Mi

do

KLpos – MENGENANG politik tempoyak di Perak hari ini di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.

Di TV3 sekejap tadi saya melihat visual mengenai Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.

Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proporsal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Baca baki entri ini »

Nizar MB Perak – Tengku Razaleigh

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

“Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

“Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Baca baki entri ini »

AMARAN KARPAL : Jangan Main-main dengan saya

MALAYSIAKINI – Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.

Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan.

“Jangan main-main dengan saya,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Tanjong dan Balik Pulau berhubung tindakannya itu, lapor Bernama.

Baca baki entri ini »

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

HARAKAHDAILY – PENGKALAN CHEPA – Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Baca baki entri ini »

Lompat Parti:Karpal Singh lepas bom…minta Anwar letak jawatan

anwar-karpal

AGENDA DAILY – Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu.

Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR.

Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

Baca baki entri ini »

Penunjuk Perasaan : Polis jejak wanita, 9 ditahan reman

MALAYSIAKINI – Polis mencari empat penunjuk perasaan termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan membantah pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baru Perak semalam.

Orang ramai yang mengenali keempat-empat mereka boleh menghubungi timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Supt
Shaari Ismail di talian 019-57 84 40 2 atau 05-24 01 99 9.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 25Manakala sembilan lelaki, yang ditahan dalam perhimpunan di depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar petang semalam ditahan reman selama dua hari hingga esok, lapor Bernama.

Ketua polis negeri Datuk Zulkefli Abdullah berkata kesemua mereka yang berusia 22 hingga 55 tahun ditahan di pejabat polis Kuala Kangsar disiasat atas dakwaan merusuh dengan senjata.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Zulkefli berkata beliau yang sedang menyemak gambar-gambar yang diperolehi semasa kekecohan percaya terdapat mahasiswa terbabit dalam kejadian itu.

Baca baki entri ini »

Undang-undang benarkan heret Sultan ke mahkamah – Mahathir

KL-pos – SERI KEMBANGAN: Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. “Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.

Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal. “Inilah Melayu moden, saya ni orang tua,” kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini di sini hari ini.

Baca baki entri ini »

Nizar mahu saman Dr Zambry

HARIAN METRO – IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Perak ke-11, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik secara rasmi semalam kerana berdasarkan undang-undang yang ada, beliau masih menerajui negeri itu.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Perak ke-10, dia akan memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu kerana pelantikannya sebagai Menteri Besar Perak ke-11 tidak mengikut undang-undang sah.

Katanya, saman akan difailkan Selasa ini oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse.

Baca baki entri ini »

BN lanun kerana tidak mengikuti undang-undang

lanunHARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti undang-undang Perlembagaan negeri Perak.

Baca baki entri ini »

« Older entries Newer entries »