Askar Israel diberi perlindungan, ADILKAH Tindakan Ini ???

KOSMO! – JERUSALEM – Askar-askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Genting Gaza diberikan perlindungan undang-undang oleh kerajaan daripada tuduhan melakukan jenayah perang, kata Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam.

“Komander dan askar yang dihantar ke Gaza adalah selamat daripada mana-mana tribunal dan kerajaan akan membantu serta melindungi mereka,” kata Olmert.

Olmert juga mengesahkan bahawa beliau melantik Menteri Perundangan, Daniel Friedman untuk mempengerusikan satu jawatankuasa melibatkan menteri-menteri.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Hamas BERIKRAR tidak akan serah diri

hamasKOSMO! – ANKARA – Seorang jurucakap kanan Hamas semalam berikrar pihaknya tidak akan menyerah diri di Gaza tetapi akan meneruskan perjuangan menentang tentera Israel.

Jurucakap itu, Sami Abu Zuhri yang bercakap pada sidang akhbar di Istanbul, Turki mendakwa tentera rejim Zionis mengebom penduduk awam di Genting Gaza.

“Apakah yang mereka mahu kami lakukan? Adakah kita hanya melihat anak-anak kami mati? Adakah mereka mahu kita menunggu kematian di rumah?

Baca baki entri ini »

PAS ucap tahniah, moga Obama buka era ‘politik baru’

obama3

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat, Barrack Obama kerana memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mengalahkan calon Republikan, John Mc Cain.

“Bagi pihak PAS,kami mengucapkan tahniah kepada Obama kerana bakal menjadi Presiden pertama dari kulit hitam dan parti Demokrat kerana menang besar dalam pilihan raya AS.

“Kami berharap hubungan antara Malaysia dan AS terus diperkukuhkan terutama dalam membantu usaha pendemokrasian dan ketelusan di Malaysia,”kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Baca baki entri ini »

Dunia Rai Kemenangan Obama

obama2

BERITA HARIAN – CHICAGO: Seluruh dunia menyambut kemenangan besar Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang memberi harapan menyaksikan perubahan dalam sikap Amerika terhadap menangani masalah keselamatan dan ekonomi sejagat.

Obama, 47, dari parti Demokrat yang muncul Presiden kulit hitam pertama AS apabila menewaskan lawannya dari Republikan, John McCain, turut mengetuai parti Demokrat memperluaskan penguasaan di kedua-dua Dewan Kongres.

Baca baki entri ini »

Razak Baginda boleh ditahan, direman – Karpal

HARAKAHDAILY – PUTRAJAYA – Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda menghadapi kemungkinan ditahan semula dan direman sementara menunggu keputusan sekiranya pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembebasannya, kata peguam Karpal Singh hari ini.

Bernama melaporkan, Karpal Singh, yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, berkata pendakwaan boleh membuat permohonan itu mengikut Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menghalang Abdul Razak daripada melarikan diri.

Baca baki entri ini »

Benarkah Mayat Saddam Ditikam Selepas Hukuman ?

BERITA HARIAN – BAGHDAD: Ketua pengawal keselamatan di kawasan perkuburan Saddam Hussein mendakwa mayat bekas Presiden Iraq itu mempunyai enam kesan tikaman di badan serta cedera pada mukanya selepas dihukum gantung sampai mati pada 30 Disember, 2006.

Misrab, 45, antara lelaki terbabit dalam usaha pengebumian jenazah Saddam, mendedahkan tanda seksaan pada mayat bekas pemimpin itu dalam temu bual dengan akhbar Britain, The Times yang disiarkan semalam.

Baca baki entri ini »

Siasat Najib kes SMS isu Altantuya

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu berbangkit lagi selepas pendedahan pertukaran mesej SMS, yang didakwa antara pemimpin Umno itu dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes itu.

Baca baki entri ini »

Jutawan seks mahu jadi gabenor

BERITA HARIAN – BANGKOK: Seorang hartawan yang pernah mengusahakan industri seks di Thailand berhasrat untuk turut serta bertanding bagi merebut jawatan Gabenor Bangkok pada pilihan raya lusa.

Chuwit Kamolvisit, 47, berkata beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu untuk memulihkan keadaan kucar-kacir di bandar berkenaan dan menjelaskan bahawa hanya mereka yang pernah terbabit dalam jenayah mampu menangani jenayah di bandar itu.

“Siapa yang lebih layak untuk menghapuskan rasuah jika tidak bekas ‘Raja Gelap’ yang menjadi kaya hanya dengan memberi rasuah. Saya menceritakan apa yang benar, jika anda mendengar kebenaran, anda dengar daripada saya,” katanya.

Baca baki entri ini »

KES ALTANTUYA – Ujian kesan DNA diragui…

HARIAN METRO – SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu mempertikaikan ujian bagi mengesan DNA pada jam tangan dan barang kemas milik mangsa serta jaket kepunyaan tertuduh kedua.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata ujian mitochondrial DNA (mtDNA) bagi mengesan DNA dikendalikan oleh ahli kimia.

Baca baki entri ini »

Konspirasi RM1.72j ???

HARIAN METRO – SHAH ALAM: Wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, mungkin berkonspirasi dengan Penyiasat Persendirian (PI), P Balasubramaniam untuk mengugut Abdul Razak Baginda bagi mendapatkan wang AS$500,00 (RM1.72 juta) dan tiga tiket penerbangan balik ke negara berkenaan.

Peguam, Wong Kian Keong yang mewakili penganalisis politik terbabit dalam hujah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata kredibiliti Balasubramaniam meragukan kerana ketika memberi keterangan, dia mengakui tidak ingat sama ada tuntutan wang itu ada dimaklumkan kepada Abdul Razak.

Baca baki entri ini »

Suami isteri saman Raja Petra

MALAYSIAKINI – Sepasang suami isteri anggota tentera yang dinamakan dalam akuan berkanun blogger Raja Petra Kamaruddin, telah memfailkan saman fitnah terhadap pengendali lamanweb Malaysia Today itu hari ini.

Left-Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Left-Kol Norhayati Hassan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Baca baki entri ini »

Petra diseret ke mahkamah

MALAYSIAKINI – Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin ditahan dan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk didakwa berhubung akuan berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung akuannya 18 Jun lalu yang mengaitkan Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Baca baki entri ini »

Raja Petra terima waran tangkap

MALAYSIAKINI – Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.

Peguam pengendali Malaysia Today menerima waran itu pagi ini dan
Raja Petra mengesahkan perkara itu dengan polis petang ini, kata isterinya Marina Lee Abdullah.

Baca baki entri ini »

Speaker tolak usul akuan berkanun isu liwat, Altantuya

MALAYSIAKINI – Speaker Dewan Rakyat menolak usul PAS untuk membincangkan akuan bersumpah Raja Petra Raja Kamaruddin yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu serta laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan melibatkan tuduhan liwat.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pejabat speaker ada menerima notis usul bertarikh 7 Julai daripada Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang memohon penangguhan sidang bagi membolehkan dewan membincangkan isu hangat tersebut. Baca baki entri ini »

Laporan polis kehilangan Bala

MALAYSIAKINI – Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu – dan menariknya balik sehari selepas itu – kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.

Kumaresan, 27, yang ditemani seorang peguam, membuat laporan ‘orang hilang’ di balai polis Brickfields pada 5 petang tadi.

Semalam Balasubramaniam membuat akuan berkanun kedua, tanpa bahagian yang merujuk kepada pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Dalam akuan berkanun pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunyai seksual dengan wanita Mongolia tersebut. Baca baki entri ini »

Allah Akan Tentukan Kebenarannya – Ustaz Najib

BERNAMA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan di sini, Sabtu. Baca baki entri ini »

Balasubramaniam, keluarga dilaporkan ‘hilang’ !

HARAKAHDAILY – Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mencetuskan kontroversi telah dilaporkan ‘hilang’ selepas mencetuskan kontroversi berhubung dua surat akuan bersumpah berkaitan pembabitan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan kes Altantuya Sharibuu.

Ini termasuk kehilangan isteri Bala beserta tiga orang anaknya juga turut tidak dapat dikesan sehingga kini.

Kehilangan mereka itu telah dilaporkan oleh anak saudara mereka R Kumaresan, 27 di Balai Polis Brickfields kira-kira jam 5 petang tadi dengan ditemani oleh seorang peguam. Baca baki entri ini »

Raja Petra beri keterangan petang ini

MALAYSIAKINI – Blogger Raja Petra Kamaruddin akan memberi kenyataan di balai polis Sentul petang ini berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah memberitahu Malaysiakini, suaminya menerima panggilan telefon dari pihak polis pagi ini dan mengesahkan suaminya akan pergi ke balai polis Sentul pada jam 5.30 petang ini.

“Beliau akan ditemani oleh seorang peguam, tetapi kami belum memutuskan siapa penguamnya,” kata Marina. Baca baki entri ini »

PENGGANAS : RM98.7j nilai 16 kepala

HARIAN METRO – Harga nyawa 16 penjenayah kelahiran Malaysia yang ‘mengukir nama’ di kancah antarabangsa kini persis emas berikutan ganjaran ditawarkan bagi penangkapan mereka sama ada hidup atau mati, mencecah AS$30 juta (RM98.7 juta).

Ganjaran lumayan itu menyebabkan penjenayah ternama warganegara Malaysia terbabit kini menjadi buruan pelbagai pihak termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berikutan tahap ancaman mereka didakwa mampu meragut ribuan nyawa.

Malangnya, kelompok kecil warga Malaysia itu pada masa sama turut mencalar nama baik negara selepas memasuki senarai ‘penjenayah amat dikehendaki’ polis antarabangsa. Baca baki entri ini »

Ezam dicabar dedahkan isi enam ‘kotak hitam’

HARAKAHDAILY – Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kepala Batas, Amirzudin Ahmat mencabar bekas Ketua AMK, Ezzam Mohd Noor membuka kesemua enam koak hitam yang dikatakan mempunyai kes membabitkan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Dulu beliau sanggup merengkuk dalam penjaja ekoran mendedahkan dua nama iaitu Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

“Saya cabar Ezzam untuk dedahkan enam kotak hitam yang dikatakan ‘kotak rasuah’ kepimpinan Umno. Dulu dia merasa bimbang ditahan tapi sekarang dedahlah,” ujarnya kepada media sejurus selepas membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang semalam. Baca baki entri ini »

« Older entries