Zul PKR cabar Khalid keluar PAS

Foto dipetik : Agenda Daily

‘Perang’ dua pemimpin dalam Pakatan Rakyat antara ahli parlimen PKR Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin dengan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berterusan.

Ianya semakin panas apabila Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid ekoran kenyataan Yang Di Pertua PAS Shah Alam itu yang berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Kenyataan Khalid yang disiarkan sebuah portal pro pembangkang antara lain menyebut melaporkan, perkara itu perlu dibuka kepada perbincangan semula.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid seperti disiarkan portal itu.

Kenyataan itu mengundang rasa tidak puashati Zulkifli yang sebelum ini sudah beberapa kali bertelagah pendapat dengan Khalid termasuk isu Baiah talak tiga yang diamalkan pemimpin PAS.

Zulkifli membuat laporan di Balai Polis Jalan Masjid India, petang Sabtu antara lain mendakwa pendapat Khalid itu boleh menyebabkan umat Islam semakin keliru berhubung isu Kalimah Allah dan pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun, katanya beliau membuat aduan berkenaan bukan atas kapasiti pemimpin PKR sebaliknya sebagai orang Islam.Bercakap kepada media kemudiannya, Zulkifli sekali lagi mencabar Khalid keluar daripada PAS.

Katanya, jika Khalid ingin terus bersama pakatan rakyat, lebih baik beliau menyertai PKR ataupun DAP.

“Ataupun dia boleh sertai parti atas pokok,” tegas Zulkifli.

Dalam pada itu, beliau juga meminta pakatan rakyat membuat keputusan rasmi berhubung isu ini supaya orang ramai tidak keliru dengan pendirian parti dalam pakatan tersebut.

Menjawab soalan, Zulkifli berkata, beliau bersedia dikenakan tindakan oleh PKR berhubung tindakannya mempertahankan Islam.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR itu pernah menyatakan, antara parti dan Islam, beliau akan memilih Islam dan akan terus mempertahankan hak-hak Islam walaupun mungkin ada pemimpin PKR dan pakatan yang tidak bersetuju dengan pendiriannya.

Sumber Info : Agenda Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: