Sah Melayu..Dr Lo’lo cadang rujuk ke Mahkamah Syariah

AGENDA DAILY – TEKA TEKI TERJAWAB…Jika sebelum ini cuma sok sek dakwa bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang merakam gambar Exco kerajaan negeri Selangor adalah lelaki Melayu, persoalan itu terjawab apabila pejabat khidmat wakil rakyat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan mengesahkan lelaki itu bernama Hilmi.

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang merupakan pembantu khas kepada ahli parlimen tersebut, Hee Loy Sian sudah berhenti sejak Januari lalu.

Loy Sian pula ketika di temui di lobi parlimen, Rabu mengesahkan lelaki terbabit pernah bertugas dengannya selama sembilan bulan.

“Sekarang saya tak tahu beliau di mana.,” katanya sambil menyifatkan kes itu adalah soal peribadi antara lelaki berkenaan dengan Elizabeth.

Pengesahan itu sekaligus menimbulkan persoalan apakah mereka bersekedudukan ketika gambar Elizabeth dirakam di rumahnya di Bukit Gasing.

Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Ghazali berkata sekiranya benar bekas teman lelaki Elizabeth Wong itu seorang pemuda Melayu beragama Islam dan dibuktikan bersekedudukan, lelaki itu bukan sahaja mesti dihadapkan di makhkamah sivil, tetapi juga di mahkamah syariah.

“Kita tidak boleh menerima hubungan tanpa ikatan sah,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau diminta mengulas persoalan kemungkinan teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan yang merakam gambar separuh bogel Elizabeth tinggal bersama Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Dr Lo Lo berkata kes pencabulan hak privasi seperti ini tidak akan berhenti selagi kerajaan tidak mengenakan hukuman yang lebih ketat ke atas pesalah.

“Hukuman yang sedia ada tidak ketat menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat dan pelaku tidak takut. Pesalah harus dipenjarakan dan bukan setakat didenda,” katanya.

Ditanya sama ada isu yang panas itu mungkin juga disebabkan perbuatan sabotaj dalam PKR atau kerajaan campuran di Selangor untuk menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim atau Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

“Apa-apa kemungkinan boleh berlaku dalam mana-mana parti. Tetapi dalam isu Elizabeth Wong, ia adalah kelemahan individu dan tak patut babitkan parti,” katanya.

Beliau menambah PAS kurang skandal yang tidak menyenangkan seperti ini parti itu berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: