Pertempuran di tiga bukit tentukan nasib Barisan dan Pakatan

5_1

KLpos – APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.

Bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pun sahih. Tarikh pilihan rayanya pada 7 April hadapan. Manakala bukit Lanjan dalam perhitungan.

Seperti kebetulan juga, tiga bangsa mewakili kerusi-kerusi berkenaan.


Bukit Gantang calonnya berbangsa Melayu, Roslan Shahrom (Pas) meninggal dunia, manakala di Bukit Selambau calonya V Arumugam (PKR) bangsa India yang meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi.

Dan calon yang bermasalah di Bukit Lanjan ini pula berbangsa China, Elizabeth Wong (PKR). Jadi eloklah ketiga-tiga bangsa berhadapan dengan masalah dan ia disengajakan demikian bagi menguji politik semua bangsa negara ini.

Pagi tadi Elizabeth Wong telah pun menawarkan diri untuk melepaskan jawatan Exco dan juga kerusi Bukit Lanjan. Tawaran itu jelas menunjukkan beliau mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Memang Elizabeth tidak boleh menafikan apa yang berlaku adalah kesalahannya. Lagipun rahsianya sudah pun tersebar sangat luas!

Beliau kena ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada beliau atas tanggungjawab itu.

Tidak sampai 48 jam isu gambar bogelnya yang terdedah didedahkan, (setengah orang tidak pun tengok macam mana gambar itu) beliau sudah ambil tanggungjawab.

Keputusan itu tepat. Saya tidak percaya ianya atas desakan pembangkang Selangor, tetapi itulah ketegasan dan wibawa yang ada kepada seorang pemimpin dan aktivis seperti Elizabeth.

Kalau dia sudah merasakan dirinya menjatuhkan maruah parti dan kerajaan dia kena berhenti.

Jangan sampai didesak dan diarah suruh berhenti baru nak berhenti atau tidak mahu berhenti juga. Ahli politik begitu (enggan berhenti walaupun ada masalah) yang tidak tahu malu dan babil.

Elizabeth menerima padahnya. Tetapi dengan keputusannya itu dia harus dipuji sebagai seorang yang ada wibawa dan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi.

Berhenti bukan bermakna beliau tidak boleh meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat, tapi mungkin bukan menerusi dunia politik yang sensitif sampai kalau kuku kaki ‘sebayan’ pun akan diungkit oleh lawan.

Persoalan kini terletak di bahu pucuk pimpinan PKR bagi menentukannya. Khabarnya perbincangan dan mesyuarat diadakan bagi memutuskan apakah tindakan terbaik baik.

Pada saya, dengan apa yang berlaku dan berdasarkan pengakuan segera Elizabeth, beliau menawaran letak jawatan dan kosongkan kerusi Bukit Lanjan itu, wajar dipertimbangkan.

Jalan paling baik kalau PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat hendak bersihkan diri, terimalah tawaran Elizabeth itu.

Tetapi apakah dengan mengambil tindakan itu musuh akan diam? UBN akan berhenti dari menggerudi punggung PKR? Sekiranya PKR merasakan keputusan menerima tawaran itu bukan jalan penyelesaian, mungkin tawaran itu harus ditolak.

Atau kalau PKR ingin menerimanya, tetapi mungkin tidak untuk waktu ini. Kerusi Exco boleh dikosongkan tetapi mungkin bukan kerusi Bukit Lanjan.

Untuk menghadapai pertarungan di tiga bukit sangat memerikkan. PKR harus memikirkan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan.

Sekiranya PKR dan kerajaan Pakatan merasakan perlu juga kerusi Bukit Lanjan itu dikosongkan, rasanya tidaklah perlu disegerakan sekurang-kurangnya PKR harus meninjau dulu keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu.

Mendengar desakan mungkin baik, tetapi kalau terlalu akur kepada desakan ia tidak baik juga. Kerana mungkin desakan akan menjadi strategi pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Bila dan hari apa kerusi itu akan dikosongkan terletak kepada Elizabeth dan bukannya pihak-pihak atau agensi lain jadi PKR tidak perlu gaduh.

Saya percaya pemimpin PKR termasuk penasihatnya, Anwar Ibrahim punya kebijaksanaan siasah dalam menentukan ini. Perundingan juga tentu akan dibuat bersama rakan kongsinya DAP dan Pas.

2 Komen

  1. fir said,

    27 Oktober 2009 pada 11:12 pm

    Hari-Hari pergi kerja, pergi dengan bulan balik dengan bulan? Pendapatan masih tak cukup?

    JOIN KAMI, MAXX WORLD WIDE! Berniaga secara bijak, TIADA RISIKO, BUKAN SKIM CEPAT KAYA,

    BUKAN DIRECT SELLING (MLM), BUKAN E-DAGANG

    BISNES MASA KINI! BARU SAJA DILANCARKAN DAN MUDAH!
    TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN SEBAGAI MODAL!

    UNTUK PLAN A dan B MODAL HANYA(RM320)-TAK PERLU CARI ORANG UNTUK MENDAPATKAN WANG

    DENGAN RM320 – INI SEMUA PERCUMA UNTUK ANDA
     TELEFON BIMBIT – MOTOROLA ATAU LG (MODEL LAIN SEKIRANYA STOK MASIH ADA)
     PRODUK MAXX POWER GEL/MAXX MAHKOTA DEWA/MAXX GARAM GUNUNG(TERBARU)
     KREDIT MASA BERBUAL BERSAMA CELCOM 50JAM @ RM1440 SETIAP BULAN
     PERLINDUNGAN TAKAFUL IKHLAS BERKELOMPOK BERNILAI RM5000.00
     BAUCER BERNILAI RM50.00
     LAMAN WEB PERIBADI UNTUK PROMOSI
     LOKET EMAS 2 GRAM
     PULANGAN WANG TUNAI RM4428.00

    BERMINAT HUBUNGI/SMS KAMI SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT
    019-4311407 firdaus
    http://maxx-maxxworldwide.blogspot.com atau http://www.maxxworldwide.biz/firdausp18

  2. rizal30 said,

    9 Januari 2010 pada 3:04 am

    Raja Petra’s Malaysia Today Cakap;

    “Anda mungkin berpendapat bahawa mungkin langkah yang terbaik adalah menghapuskan sistem beraja sama sekali. Maka ini akan menyelesaikan masalah mata pencarian mereka. Sebaliknya, jika kita mengekalkan raja-raja, kita perlu membenarkan mereka menjalankan perniagaan (tentu sahaja tidak sesuai untuk mereka makan gaji, iaitu sebagai pekerja di kilang ataupun pejabat ataupun sebagai jurujual, pelayan dan sebagainya). Jadi, bagi menyelesaikan masalah itu, lebih baik kita hapuskan sahaja sistem beraja.”

    “Saya dituduh ‘membela’ sistem beraja kerana saya juga adalah seorang ‘kerabat diraja’. Tetapi sedarkah anda semua bahawa saya adalah sosok yang tidak dikehendaki dalam lingkungan Istana Selangor? Tahukah anda bahawa Sultan Selangor menempelak saya di khayalak ramai, malah di depan para pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan juga di hadapan Ketua Polis Negara, Musa Hassan? Ya, wajah si Musa berseri-seri mendengar musuhnya dihentam oleh Sultan Selangor sendiri. Saya bukan (lagi) seorang Royalist ( pro-Raja). Saya memang menyokong gagasan sebuah Republik Malaysia“

    “Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman. Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia.”

    “Suatu hari nanti, Malaysia perlu berubah. Orang Melayu juga perlu berubah. Semua nuansa masa lalu pasti akan dihapuskan. Tetapi masa diperlukan sebelum semua itu dapat berlaku. Malah kita kini sedang berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka.”

    “Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu“

    Bodohnya…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: