Seorang lagi pemimpin PKR dilarang masuk S’wak

MALAYSIAKINI – Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.

r sivarasa 270208Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi.

“Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, “Sorry, ada masalah’. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Sivarasa, beliau diserahkan notis rasmi yang menyatakan yang beliau tidak layak memasuk negeri itu tanpa permit, mengikut Seksyen 66 (1) Akta Imigresen.

Sivarasa berkata beliau bingung dengan larangan tersebut memandangkan beliau masih dibenarkan memasuki Sarawak Julai lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau percaya larangan ke atasnya itu baru diputuskan.

“Ia menunjukkan lebih ramai daripada kami yang telah disenaraihitamkan. Ini menunjukkan wujud rasa tidak selamat di pihak kerajaan negeri, mungkin ada kaitan dengan pilihanraya negeri yang akan datang,” katanya.

Tambahnya, beiau akan mencabar larangan tersebut di mahkamah tidak lama lagi.

Baca berita penuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: