Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau serentak…7 April

pil-posterxxx

AGENDA DAILY – Setelah seminggu cuba ‘berkubu dan beroperasi sebagai Menteri Besar’ dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh sejak dititahkan melepaskan jawatan oleh Sultan Perak, Khamis lalu, akhirnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari Khamis membuat keputusan untuk keluar daripada kediaman rasmi berkenaan.

Katanya, beliau akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dalam tempoh 10 hari mulai hari ini.

Katanya beliau telah diminta secara baik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk mengosongkan kediaman rasmi menteri besar itu melalui satu panggilan telefon hari ini.

Selain itu, beliau juga memaklumkan, semua 11 kereta rasmi yang digunakannya dan barisan exconya akan diserahkan kepada pentadbiran baru secara berperingkat mulai Sabtu.

“Secara rasmi saya akan keluar dengan cara terhormat dari residensi ini. Selepas ini saya akan tinggal di sini (Ipoh) di kawasan berhampiran tempat anak saya bersekolah. Kita akur kerana ia adalah peraturan,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi itu.

Nizar juga berkata kesemua 11 kenderaan rasmi jenis Toyota Camry yang digunakan barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini akan diserahkan dengan menempatkan kenderaan itu di dalam kawasan kediaman rasmi menteri besar.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan untuk menyerahkan kenderaan dan kediaman rasmi itu tidak akan menjejaskan apa-apa ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh barisan pembangkang sebelum ini termasuk menfailkan kes terhadap menteri besar yang baru Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya.

Sebelum ini Nizar berkeras tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi tersebut dan bertegas masih lagi menjadi Menteri Besar yang sah.

Malah, Selasa lalu belaiu masih mencuba untuk masuk ke pejabat Menteri Besar dan apabila dihalang beliau membuat kenyataan akan beroperasi seperti biasa dari kediaman rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: