Negara Membangun Patut Tubuh Institusi Kewangan Sendiri

BERNAMA – KUALA LUMPUR — Perkumpulan antarabangsa negara-engara Dunia Ketiga patut menubuhkan institusi kewangan khas untuk memenuhi keperluan anggotanya, kata Duta Besar Venezuela ke Malaysia Manuel Guzman hari ini.

Beliau berkata penubuhan institusi itu adalah relevan dan tepat pada masanya berikutan keadaan kemeseletan global sekarang yang menyaksikan ekonomi kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain runtuh.

“Kita perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini, Saya percaya kita, negara yang dikira sebagai Dunia Ketiga, patut menubuhkan institusi kewangan sendiri yang dapat menjaga kepentingan dan keperluan negara-negara membangun,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di Wisma Bernama di sini.

Mengambil contoh kejayaan Rangkaian Berita NAM (NNN), Guzman berkata negara anggota kerjasama Selatan-Selatan boleh mengumpulkan sumber dan kepakaran mereka untuk menubuhkan institusi itu, yang untuk jangka panjang dapat mengurangkan pergantungan kepada institusi global seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

NNN ditubuhkan pada 2006 untuk menangani laporan berita berat sebelah mengenai negara membangun oleh media terkemuka dunia, yang sebahagian besarnya dimiliki negara maju.

Malaysia dan Venezuela ialah anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan G-15 di bawah kerangka kerjasama Selatan-Selatan.

“Negara Dunia Ketiga mempunyai masalah berbeza daripada negara maju. Jadi hanya kita yang faham masalah kita dan dapat mencari penyelesaian sesuai terhadap masalah itu,” kata Guzman.

Terdahulu, delegasi tiga anggota Venezuela itu mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar Bernama Hasnul Hassan.

Kuala Lumpur dan Caracas telah menjalin hubungan erat sejak bermulanya hubungan diplomatik pada 1986.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, bagaimanapun, masih rendah dengan jumlah perdagangan hanya kira-kira RM163.81 juta pada tahun lepas berbanding kira-kira RM272.9 juta pada 2007.

Eksport utama Malaysia ke Venezuela termasuk getah asli, produk berasaskan getah (untuk membuat tayar, sarung tangan, kasut), peralatan automotif (komponen enjin, alat brek, roda aluminium dan aksesori), elektrikal dan elektronik serta dawai kokot.

Import dari Venezuela kebanyakannya besi dan keluli, mesin dan peralatan perancah.

Guzman berkata usaha lebih proaktif perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi pelancongan di antara kedua-dua negara.

Antara langkah yang boleh diambil, katanya dengan mendesak bagi penerbangan lebih kerap antara kedua-dua negara dan meningkatkan promosi pelancongan dan program publisiti.

“Jarak antara kedua-dua negara mungkin menjadi halangan terbesar daripada segi pelancongan tetapi saya berharap dengan komitmen daripada kerajaan, ia akan merangsang ketibaan pelancong.

“Malahan ramai warga Venezuela yang telah melawat Malaysia kagum dengan negara ini,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: