Guan Eng Dakwa NGO Bidas Pakatan Rakyat Konco Umno

BERNAMA – PULAU PINANG — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membidas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berhubung kemelut politik di Perak sebagai konco Umno.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa Umno membangkitkan sentimen kaum untuk kepentingan politik parti itu.

“Mengapa kita mesti membalas dan membuat reaksi kepada konco-konco Umno?,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut pemimpin NGO Melayu mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.

Laporan itu menyebut mereka mahu Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.

Lim yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata hanya Anwar berhak menjawab dakwaan itu.

“Saya rasa tanyalah Anwar. Dia (NGO) desak Anwar, Anwarlah jawab,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: