Temerloh, Kuantan lokasi agen Umno cari undi

HARAKAHDAILY – TEMERLOH – Tidak sampai sebulan lagi Perhimpunan Agung Umno akan diadakan. Menjelang tempoh itu membuatkan mereka yang bakal bertanding semakin tidak dapat tidur lena.

Bagi memudahkan urusan mencari undi, calon-calon yang bakal bertanding menggunakan khidmat agen tertentu bagi menemui perwakilan bahagian-bahagian.

Dan bandar ini menjadi lokasi strategik bagi kegiatan mereka.

Seorang pemimpin Umno ketika ditemui di sini berkata, Temerloh dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau.

“Manakala Kuantan dijadikan lokasi mobilisasi sokongan perwakilan timur Pahang dan barat Pahang. Mereka berkumpul di tempat tertentu pada hari telah ditetapkan.

“Pemimpin luar Pahang yang melobi perwakilan-perwakilan Umno Pahang Tengah bertemu di Temerloh. Di sinilah mereka menghulurkan wang kepada agen-agen untuk diagihkan kepada perwakilan.

“Mereka daripada pelbagai golongan, ada yang bekerja sendiri, penganggur dan sebagainya,” katanya baru-baru ini.

Menurutnya aktiviti berkenaan bermula sejak Oktober lalu sebaik sahaja bermulanya mesyuarat di peringkat bahagian.

Katanya juga, aktiviti tersebut dilakukan dengan begitu licik menyebabkan ia sukar dikesan.

“Macam kegiatan ceti haram, mereka tidak mengenali antara satu sama lain melainkan dengan individu tertentu sahaja.

“Agen-agen terbabit mempunyai kaki sendiri di setiap bahagian di Pahang bagi melancarkan perjalanan mereka,” katanya.

Sementara itu, bekas Adun Kuala Semantan, Dato’ Mohd Hamdan Sudin dilaporkan mengakui ramai pemimpin politik dari seluruh negara berkunjung ke Temerloh terutama pada hari minggu.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen mencadangkan supaya sayap parti dalam Umno dibubarkan kerana gejala politik wang sukar dibendung.

Advertisements

1 Komen

  1. F@T_L said,

    13 Februari 2009 pada 3:55 pm

    Salamun’alaika

    Nak komen… panjang. Jadi, silalah ke link tersebut sebab ada ulasan tersedia ada.

    wasSalam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: