Lompat Parti:Karpal Singh lepas bom…minta Anwar letak jawatan

anwar-karpal

AGENDA DAILY – Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu.

Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR.

Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak,Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah.

Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.

Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya.


Ahad, Pengerusi DAP, Karpal Singh lepas bom apabila beliau dalam satu sidang akhbar di Georgetown mahu Anwar letak jawatan sebagai Ketua Umum barisan pembangkang.

Baginya Anwar tidak layak jadi ketua mereka kerana bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang.

Karpal mengakui ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

“Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

“Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang.

Difahamkan di kalangan pemimpin pembangkang merasakan tamparan hebat apabila Anwar terkena jeratnya sendiri dengan tindakan Nasaruddin kembali menyertai UMNO.

Ada yang merasa malu kerana tak tahu nak berjawab lagi dalam soal lompat parti kerana semua tahu Anwar adalah ‘kepala’ dalam tindak-tanduk ini.

Mereka dikatakan menyalahkan Anwar hingga jatuhnya kerajaan negeri Perak kepada BN kerana nak mengejar cita-citanya merampas kerajaan pusat menerusi pintu belakang.

Juga difahamkan selain DAP, di kalangan pimpinan PAS sendiri berbeza pendapat terhadap gerakan Anwar nak memancing Ahli Parlimen BN menerusi lompat parti.

Mereka yang diketahui kuat mendokongnya hanyalah puak Erdogan – iaitu gelaran bagi kalangan pemimpin PAS yang pro-Anwar diketuai oleh Datuk Husam Musa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: