Nizar mahu saman Dr Zambry

HARIAN METRO – IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Perak ke-11, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik secara rasmi semalam kerana berdasarkan undang-undang yang ada, beliau masih menerajui negeri itu.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Perak ke-10, dia akan memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu kerana pelantikannya sebagai Menteri Besar Perak ke-11 tidak mengikut undang-undang sah.

Katanya, saman akan difailkan Selasa ini oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse.

“Saya akan memfailkan saman atas kapasiti sebagai Menteri Besar ke-10…..hari ini (semalam) dia ditabalkan sebagai Menteri Besar ke-11 dan beliau juga terpaksa berhadapan krisis perlembagaan kerana di Perak sekarang buat pertama kalinya ada dua Menteri Besar.

“Saya masih sah di sisi undang-undang sebagai Menteri Besar termasuk Exco lain,” katanya pada sidang media khas lewat petang semalam di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Katanya, beliau juga menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar kencang menyebut dia akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Ini fitnah terbesar dilemparkan kepada saya kerana jauh dari sudut hati, saya tidak berniat langsung untuk berbuat demikian,” katanya.

Sehingga semalam, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak tetap dengan pendiriannya meneruskan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa sebagai Menteri Besar kerana mendakwa beliau masih memegang jawatan itu dan belum menghantar surat meletakkan jawatan.

“Saya akan pergi ke pejabat seperti biasa, memandu kenderaan rasmi Menteri Besar iaitu Toyota Camry dan mendiami kediaman ini kerana tiada notis untuk keluar.

“Saya hanya akan meletak jawatan, sekiranya saya mengeluarkan surat saya meletak jawatan dan tetap memohon Tuanku memberi hak kepada rakyat…biar rakyat diberi hak memilih kerajaan baru,” katanya.

Katanya, beliau akan meletakkan jawatan apabila ada satu persidangan Dewan Undangan Negeri khas yang mengusulkan usul tergempar dan undi tidak percaya bahawa beliau hilang majoriti.

“Ini kaedah perundangan yang saya pohon…itu sahaja,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: