Sebab Adun Bota kembali ke Umno

MALAYSIAKINI – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Halim memberi tiga sebab mengapa beliau kembali semula ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional.

nasarudin hashimBeliau menjelaskan demikian dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada pihak media selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Nasaruddin (foto) membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Berikut adalah kenyataan penuh Nasarudin

Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;

2. Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan

3. Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:

Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: