Pengundi Bota undi BN…buktikan mereka mahu PKR

umno-bn440

AGENDA DAILY – Buktikan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR), demikian cabar Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin kepada ADUN kawasan itu Nasarudin Hashim yang keluar UMNO bagi menyertai PKR awal petang Ahad.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum Mac 2008, sebenarnya seluruh kawasan Parit adalah kubu kuat Barisan Nasional.Ini kerana dua DUN dalam kawasan Parlimen Parit iaitu DUN Bota dan DUN Belanja dimenangi oleh BN. Begitu juga dengan Parlimen Parit turut dimenangi oleh BN.

Di Bota Nasarudin yang ketika itu mewakili BN dapat 6,556 undi menewaskan calon PKR Usaili Alias 4488 iaitu majoriti sebanyak 2,068.Di Belanja calon BN Mohd Zaim Abu Hassan dapat 5,479 undi manakala Muhammad Ismi Mat Talib dari parti PAS 3,592 undi iaitu majoriti1,887

Di kerusi Parlimen Parit calon BN Mohd Nizar Zakaria dapat 12,399 undi menewaskan calon PAS Najihatussalehah Ahmad 9,526 undi iaitu majoriti 2,873.

Menurut Zainol, jika berdasarkan kepada kenyataan Nasarudin bahawa tindakannya keluar BN adalah bagi kepentingan pengundi dalam kawasan Bota, sebenarnya adalah satu penipuan kepada para pengundi yang telah memberi mandat kepada BN.

“Apa juga alasan yang diberikan, yang jelas beliau menipu para pengundi dalam DUN Bota. Ini adalah satu tindakan orang yang kecewa dan tidak mempunyai jatidiri dalam perjuangan,” katanya ketika dihubungi Agendadaily lewat petang Ahad.

Nasarudin dalam kenyataanya ketika mengumumkan keluar meninggalkan UMNO dan menyertai PKR menegaskan, tindakannya itu bagi menjaga kepentingan para pengundi dalam kawasan DUN Bota.

Menurut Zainol, jika benar seperti yang dikatakan oleh Nasarudin bahawa tindakannya untuk kepentingan pengundi DUN Bota, beliau mencabar ADUN itu agar meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberikan peluang kepada rakyat menentukan kepada siapa mandat hendak diberikan.

“Nasharuddin bertanding atas pilihan parti. Parti boleh pilih siapa sahaja sebelum ini tetapi memberikannnya kepada Nasharuddin. Dengan itu kemenangan beliau adalah atas nama parti dan jika beliau jujur, serah balik mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan ketika dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan buat masa ini kerana akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlebih dahulu.

APA KOMEN ANDA ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: