Kekasih Gelap @ Makan Luar…Curang…Curang,,!!!

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: “Apabila merasa diri sudah tidak bertuhan lagi menyebabkan ramai lelaki atau suami seolah-olah relakan saja jenayah sosial ini, manakala wanita pula merasakan diri mereka tidak boleh dipersalahkan atas masalah yang sudah berlaku.

“Ini semua petanda bahawa keruntuhan akhlak masyarakat Islam semakin teruk selain kebangkitan semula zaman jahiliah,” kata pakar motivasi, Dr Rubiah K Hamzah mengulas kes isteri curang yang lebih berminat memburu lelaki warga asing.

Kes isteri curang mencari ‘kekasih gelap’ atau ‘makan luar’ di kalangan lelaki warga asing berkerjaya profesional, dianggap trend baru selepas mereka mendakwa lelaki warga asing mampu memuaskan segala-galanya mengatasi suami yang gagal berbuat demikian.

Rubiah berkata, apabila akal manusia sudah bertunjang kepada nafsu dan bukan lagi Tuhan, mereka gagal mengenal erti dosa dan pahala sekali gus menggambarkan institusi kekeluargaan tidak lagi menjadi tapak semaian terbaik untuk anak.

“Tidak mustahil apabila masalah ini berlarutan lebih lama, anak muda yang disifatkan bakal pemimpin masa depan menjadi lebih buruk perangainya kerana mereka sudah disogok dengan suapan duit ‘gelap’ begini daripada ibu bapa.

“Tidak mustahil apabila masalah ini berlarutan lebih lama, anak muda yang disifatkan bakal pemimpin masa depan menjadi lebih buruk perangainya kerana mereka sudah disogok dengan suapan duit ‘gelap’ begini daripada ibu bapa.

Kenapa gejala ini boleh berlaku, apa pandangan, pendapat or komentar anda ?

1 Komen

  1. fidz said,

    29 Januari 2009 pada 10:28 am

    inilah masalah yg amat membimbangkan berlaku seolah2 benda ini hanya perkara kecil dan tidak ada sedikit pun rasa bersalah dikalangan masyarakat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: