Askar Israel diberi perlindungan, ADILKAH Tindakan Ini ???

KOSMO! – JERUSALEM – Askar-askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Genting Gaza diberikan perlindungan undang-undang oleh kerajaan daripada tuduhan melakukan jenayah perang, kata Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam.

“Komander dan askar yang dihantar ke Gaza adalah selamat daripada mana-mana tribunal dan kerajaan akan membantu serta melindungi mereka,” kata Olmert.

Olmert juga mengesahkan bahawa beliau melantik Menteri Perundangan, Daniel Friedman untuk mempengerusikan satu jawatankuasa melibatkan menteri-menteri.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengatur usaha-usaha Israel bagi menawarkan perlindungan undang-undang kepada setiap individu yang terlibat dalam operasi di Gaza.

Tentera Israel sebelum ini mengharamkan media mendedahkan identiti ketua unit tentera yang terlibat dalam operasi di Gaza itu kerana bimbang mereka mungkin menghadapi dakwaan jenayah perang.

Pada minggu lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa pihak yang bertanggungjawab mengebom bangunan badan itu di wilayah Palestin dihadapkan ke pengadilan.

Beliau juga menuduh Israel menggunakan kekerasan terlampau dalam operasi selama tiga minggu itu yang bertujuan menghentikan serangan roket Hamas.

Kumpulan hak asasi manusia Israel juga menggesa kerajaan menyiasat jumlah kematian penduduk Palestin dan menggambarkan jumlah wanita serta kanak-kanak yang terkorban adalah besar.

Israel melancarkan serangan pada 27 Disember lalu sebelum menamatkan operasi pada 17 Januari lalu. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: