Tok Bomoh Guna Anak Krok…

anok

HARIAN METRO – ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.

Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.

Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, mengingatkan pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang menggunakan kaedah rawatan bertentangan dengan ajaran Islam adalah haram.

“Bomoh terbabit mesti berhenti segera amalannya dan bertaubat kerana perbuatan bersahabat dengan jin bertentangan dengan sunnah Rasulullah, ijmak ulama, syarak dan akidah Islam.

“Begitu juga hukumnya terhadap orang ramai yang mempercayai kaedah rawatan berkenaan. Semua harta yang diperoleh bomoh terbabit haram digunakan selain mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

“Ia juga akan menyebabkan hidup mereka dan keluarga tidak diberkati. Mereka juga perlu memulangkan wang yang dicuri daripada orang ramai selain memohon maaf kepada mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Nooh turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan amalan songsang itu kerana perbuatan mendapatkan perlindungan, pertolongan dan kesenangan daripada makhluk selain Allah boleh menyesat dan memurtadkan mereka.

“Bagi mereka (orang ramai) yang bimbang wang mereka dicuri makhluk itu perlulah menunaikan rukun Islam selain sentiasa memanjatkan doa kepada Allah s.w.t,” katanya.

Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anak krok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya.

Dia berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.

“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.

“Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,” katanya.

Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.

Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.

Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya.

Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.

“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anak krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: