Toyota Camry RM2.36 juta

2009_camry_hybrid_2KOSMO! – SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri Selangor sebulat suara memutuskan untuk membeli 15 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 setelah mengambil kira beberapa aspek antaranya kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana yang dikatakan terlampau tinggi.

“Jumlah kos penyelenggaraan Proton Perdana dari tahun 2006 sehingga November 2008 telah menelan belanja sebanyak RM694,735.55,” menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam.

Terdapat juga kereta Proton Perdana yang baru berusia tiga tahun tetapi sering mengalami kerosakan gear dan terpaksa ditukar kotak gear sebanyak dua kali dalam masa dua tahun dengan kos yang tinggi, kata kenyataan itu.

“Oleh itu kerajaan negeri telah mengambil keputusan membeli 15 kereta Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.36 juta dengan tempoh jaminan tiga tahun,” menurut kenyataan itu.

Setiap unit Toyota Camry berharga RM157,074.89 setelah mendapat diskaun sebanyak RM10,000 setiap sebuah, katanya. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: