Kemenangan di KT bangkitkan semangat Pakatan Rakyat – DAP

HARAKAHDAILY – KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP cawangan Kampung CIna, Ng Chai Hing berkata kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu memberikan impak bagi membangkitkan semangat Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

“Ini adalah satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat sekali gus merupakan satu mandat yang selesa daripada pengundi Kuala Terengganu kepada kita,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, keputusan ini akan menjadi pendorong kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan di Terengganu kelak.

Ditanya mengenai undi masyarakat berbangsa Cina yang sedikit merosot beliau berkata ia berpunca daripada pengundi luar.

“Pengundi Cina yang berada di luar tidak balik mengundi disebabkan oleh faktor jarak perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar peratusan pengundian tersebut akan meningkat pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: