Hamas BERIKRAR tidak akan serah diri

hamasKOSMO! – ANKARA – Seorang jurucakap kanan Hamas semalam berikrar pihaknya tidak akan menyerah diri di Gaza tetapi akan meneruskan perjuangan menentang tentera Israel.

Jurucakap itu, Sami Abu Zuhri yang bercakap pada sidang akhbar di Istanbul, Turki mendakwa tentera rejim Zionis mengebom penduduk awam di Genting Gaza.

“Apakah yang mereka mahu kami lakukan? Adakah kita hanya melihat anak-anak kami mati? Adakah mereka mahu kita menunggu kematian di rumah?

“Ini tidak akan berlaku,” kata Sami.

Sami menyatakan demikian ketika diminta mengulas kemungkinan tentera Israel akan berundur dari Gaza tanpa sebarang syarat dikenakan ke atas Hamas.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa berlaku penyeludupan senjata dari Gaza ke Mesir.

“Jika terdapat senjata yang diseludup, ia diseludup dari Mesir ke Gaza,” katanya.

Tentera rejim Zionis menyerang Gaza sejak 27 Disember lalu dengan alasan untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Sementara itu, di Iran, seorang ulama, Ayatollah Ahmad Jannati menyatakan dia berharap terdapat seseorang yang akan menembak mati Menteri Luar Israel, Tzipi Livni.

Dia menyatakan demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di sebuah masjid. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: