Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

MALAYSIAKINI – Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah-sekolah seperti  dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

“Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.

MUJAHIDIN : Mungkin video atau filem yang berunsur hiburan dan maksiat saja yang wajar ditayangkan, baru pak menteri ni bersetuju kot..Tengoklah rancangan2 tv sekarang, kebanyakkannya boleh merosakkan minda kanak-kanak. Takde pulak membantah!!!!

1 Komen

  1. Pemburu Toghut said,

    9 November 2009 pada 4:37 pm

    selagi berasa diri besar dari Allah , siapa saja akan berterusan begitu. Pendidikan seks disekolah boleh pulak?.Org takkan terfikir kalau tak terdedah. Bila dah terdedah dgn sesuatu perkara tentu akan mendorong seseorg untuk lebih berfikir tentang sesuatu perkara itu. Kalau tak setuju pun takpe. Tapi jangan memerangi perkara haq. Sesiapa yg berada dalam saf saja yg boleh dikatakan bersatu. Jika sembahyang jumaat pun dirumah, angkat sepanduk bersatu macammana. Bangsa atau agama? yg mendokong agama akan cinta akan bangsa dan tanah air. sebab jiwa kasih sayang pada perkara yg tak nampak tu ada dalam diri. Jika lebih yg lain dari agama tentunya tak bertahan lama . Selesai harta, cinta jadi derita


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: