Sidang akhbar Razak Baginda dibatalkan

MALAYSIAKINI – Kira-kira 50 wartawan tempatan dan luar negeri kecewa apabila sidang akhbarrazak penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang dijadualkan diadakan di sebuah hotel di ibunegara pagi ini dibatalkan.

Wartawan tersebut berkumpul di situ sejak jam 8 pagi. Sidang akhbar berkenaan dijadual bermula jam 9.30 pagi.

Apabila ditanya oleh wartawan, pihak pengurusan hotel bersebut berkata pihaknya dimaklumkan sidang akhbar tersebut telah ditunda.

Bagaimanapun mereka tidak tahun butiran lanjut mengenainya.

Difahamkan, keputusan untuk membatalkan sidang akhbar tersebut dibuat malam tadi.

abdul razak bagindaSementara itu, anak perempuan beliau, Rowena dalam sebuah kenyataan, meminta maaf di atas penangguhan sidang akhbar tersebut.

“Beliau (Abdul Razak) sedang menyesuaikan diri sebagai seorang yang bebas, selepas berada di dalam penjara hampir dua tahun. Beliau fikir beliau dapat membuat penyesuaian sejurus selepas dibebaskan, tetapi perkara itu ternyata memakan sedikit masa,” katanya.

Rowena berkata, Abdul Razak juga mengambil kira kesihatan dirinya dan akan berada di Malaysia untuk beberapa minggu lagi.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: