Kit Siang tak percaya Ahli Parlimen pembangkang …?

AGENDA DAILY – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukanlah sebuah badan yang dianggotai oleh para Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi juga oleh pembangkang.

Sebab itu agak menarik bila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mempersoalkan dalam sidang Dewan Rakyat Rabu kononnya jawatankuasa itu tidak menjalankan siasatan terperinci berhubung pembelian 12 helikopter Eurocopter EC275 bernilai RM1.6 bilion.

Selain dari dua Ahli Parlmen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua PAC juga dianggotai oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Willian Leong dari PKR serta Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Apakah ini bermaksud beliau tidak percaya pada para Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang terlibat dalam siasatan berkenaan?

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid dalam jawapannya pada isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 menolak dakwaan bahawa ia tidak menjalankan siasatan terperinci.


Dalam penjelasannya di Dewan Rakyat, beliau turut menjelaskan bahawa laporan siasatan PAC mengenai pembelian helikopter itu belum dikemukakan kepada para Ahli Parlimen kerana ia belum ditaip sepenuhnya oleh pihak urus setia Parlimen.

“Jadi bukan tujuan kita tidak mahu mengemukakan laporan tetapi akan dikemukakan secepat mungkin kerana memerlukan masa untuk menaip dan sebagainya,” katanya.

Azmi berkata PAC tidak sepatutnya berdebat dengan anggota pembangkang kerana jawatankuasa itu hanya menjalankan siasatan mengikut prosedur dan melihat sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam pembelian helikopter itu.

“Saya tidak mahu berdebat dengan Ipoh Timur (Lim) bahawa kami tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Kami bukan berdiri di sini untuk menegakkan bagi pihak kerajaan tetapi bagi memihak kepada PAC kerana nama PAC sudah dicemarkan oleh Ipoh Timur,” katanya.

Beliau berkata PAC telah membuat keputusan untuk menyiasat pembelian Eurocopter seminggu sebelum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya PAC melihat isu berkenaan dan ia bukan diarah oleh Kabinet.

Isnin lepas, PAC, yang turut mempunyai wakil pembangkang itu memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 helikopter Eurocopter itu.

Azmi berkata berdasarkan kepada tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian memang mengikut tatacara yang ditentukan dan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.

1 Komen

  1. Z said,

    8 November 2008 pada 12:17 am

    Bukan x percaya ma..

    bce dlu btul2.. 2 juz pendapat pengerusi PAC je.. x ambil sebulat suara..

    nk citer bukan sekadar prosedur, tp tatacara kerajaan yg slalu direct tender..

    ad ke pegi kedai nk bli sumthin trus beli? 2 x bijak.. da la beli mahal, kena kencing bute2 je..

    kena la test dlu, compare dgn model2 len.. brazil bley bli 50 kopter malaysia bley bli 12?

    hy pelik2…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: