Kematian Vijayaratnam: Polis tolak unsur bunuh diri

BERITA HARIAN – SEREMBAN: Naib Presiden Parti Gerakan Datuk Dr S. Vijayaratnam, 58, ditemui mati di depan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari tadi. Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

“Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya, sejurus kemudian, mayat Vijayaratnam ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

“Setakat ini siasatan awal menolak pembabitan pihak ketiga atau ada unsur bunuh diri. Kita letakkan kes itu di bawah ‘sudden death’ (kematian mengejut),” katanya.

Beliau berkata terdapat orang yang melihat kejadian itu dan polis akan mendapatkan keterangan daripadanya. Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: