Sah! Sudah ada pimpinan Umno sertai Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY – KEMAMAN – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku, “walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

Buletinonline melaporkan, Ustaz Hadi berkata, perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihan raya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam Umno akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihan raya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam Umno.

“Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari Umno, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari Umno).

“Dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam Umno) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata Umno sudah dihinggapi penyakit tua,”tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab “bila tiba masanya” beliau akan mendedahkannya.

Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus.

“Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihan raya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak berparti.

“Sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu.

“Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,”kata beliau.

Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan Umno Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut.

Beliau berkata dalam pemilihan parti, Umno telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihan raya umum.

“Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi,

“Rakyat mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihan raya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,”tambahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: