Ong: Perkongsian kuasa BN hanya slogan

MALAYSIAKINI – MCA mendakwa perkongsian kuasa dalam BN dilihat “tidak berkesan” dan “masih dianggap sebagai slogan dan cakap mulut sahaja”.

“Kini, terdapat satu situasi yang tidak kena dan perlu dibetulkan, ramai orang mempunyai persepsi bahawa kongsi kuasa BN tidak benar-benar berkesan dan tidak diamal mengikut prinsip sebenar,” kata presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting.

mca agm 181008 leaders‘Situasi yang tidak kena’ ini, tambahnya, disebabkan Umno dilihat lebih dominan berbanding parti komponen lain dalam BN.

“Pucuk pimpinan BN perlu membetulkan keadaan ini melalui amalan yang benar-benar melibatkan parti-parti komponen dalam membuat keputusan yang penting.

“Dan bukan nampak seolah-olah Umnolah yang memutuskan dasar penting sementara parti-parti lain diminta mempertahankan kemudiannya atas semangat BN,” kata Ong menyampaikan ucapan dasar dalam perhimpunan agung MCA ke-55 hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

mca agm 181008 abdullah ka ting walkingUcapannya itu disambut tepukan gemuruh hadirin. Sebahagian mereka menyebut “betul, betul” tanda menyokong perkara itu.

Dalam ucapannya lebih kurang setengah jam itu, Ong, turut menuntut beberapa komitmen kepada perdana menteri “meneruskan beberapa usaha penting sebelum beliau bersara”.

MCA juga menuntut, pembaharuan sistem kehakiman negara, pembaharuan dan pemantapan usaha antirasuah, dan pembaharuan perkhidmatan pasukan polis.

Usaha itu, kata Ong, termasuklah, penubuhan suruhanjaya kehakiman yang telus dan penubuhan Suruhanjaya Bebas terhadap Salah Laku dan Aduan kepada Polis (IPCMC).

Presiden MCA itu turut menyentuh kemerosatan sokongan besar terhadap BN dalam pilihanraya lalu.

“Mereka (rakyat) merasa jijik dan marah dengan segelintih ahli politik dalam BN yang sombong dan ghairah membuat kenyataan atau ucapan yang berbau perkauman atau mengugut kaum-kaum lain.

“Terdapat juga ahli politik yang nampak kaya-raya tidak lama selepas memegang jawatan parti selepas dilantik memegang jawatan ahli majlis,” katanya.

mca agm 181008 audienceBeliau sekali lagi  menegaskan keperluan mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan mneyifatkannya sebagai “ketinggalan zaman” dan “mendatangkan kesan yang amat negatif kepada kerajaan”.

Turut disentuh beliau ialah cara pengendalian isu-isu keagamaan yang memberikan gambaran bahawa “kebebasan beragama tidak diamalkan seperti yang dinyatakan oleh pemimpin kerajaan.”

Secara sini, Ong membidas kerajaan yang meluluskan pembinaan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baru dan 13 buah untuk dipindahkan tetapi ‘lambat’.

“Kita pergi cakap-cakap, barulah timbang,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: