Kes bunuh, rogol Nurul Huda: Tertuduh terlepas hukuman mati

BERITA HARIAN – PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan dan hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah.

Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Semasa membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata, beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.

“Dengan itu, semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh perayu (Mohd Abbas),” katanya semasa memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Aziz Mohamad. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: