Haramkan Hindraf, kerajaan cuba halang demokrasi

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR –Kerajaan dianggap menghalang demokrasi apabila mengharamkan Hindraf dan empat aktivisnya disoal siasat opeh pihak polis.

Menurut Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis memanggil empat aktivis Hindraf untuk disoal siasat hanya kerana kehadiran mereka di Rumah Terbuka anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC.

“Kami juga mahu pengistiharan pengharaman terhadap Hindraf di kaji semula tindakan tersebut tidak adil bagi pihak mereka di dalam memperjuangkan keadilan.

“Malahan tindakan pengharaman Hindraf juga akan dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan mencerminkan tindakan negara ini seolah menghalang demokrasi,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Zuraida, kehadiran mereka di PWTC 1 Oktober lalu juga seperti rakyat Malaysia yang lain, malahan Perdana Menteri,Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kita perlu ingat walaupun berbeza dari segi agama bangsa dan juga latar belakang politik seharusnya Abdullah Badawi bersikap professional dan tidak melihat isu ini seperti isu tergempar,”katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang.

Zuraida juga menegaskan, hehadiran mereka pada majlis rumah terbuka tidak menghina Islam atau orang Melayu pada hari tersebut.

“Kehadiran mereka hanya ingin menyampaikan mesej supaya ISA dimanushkan dan membebaskan semua tahanan tersebut.

“Mungkin mereka berpendapat bahawa pada hari tersebut merupakan peluang bertemu dengan Perdana Menteri yang sebelum mungkin tiada kelapangan masa,”tambahnya.

Beliau juga mempersoalkan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh Abdullah.

“Kami dari wanita keadilan juga kesal apabila nama Majlis Rumah Terbuka sebenarnya retorik hanya pada pangilan nama. Dimanakah demokrasi sebenar?

“Kenapa isu ini perlu di besar besarkan sehingga dibawa kepada siasatan pihak polis sedangkan niat mereka hanya bertemu Perdana Menteri? Dimanakah keadilan? Adakah Abdullah mampu membezakan antara rakyat dan politik?,”soalnya.

Zuraida menambah, dengan membandingkan bagaimana KeADILan menganjurkan rumah terbuka tanpa sebarang diskriminasi.

“Lihat sahaja Rumah Terbuka anjuran Parti Keadilan mereka juga hadir untuk bertemu Dato’ Seri Anwar dan menyerahkan anak patung bagi tujuan mendapatkan pembelaan terhadap anak anak tahanan ISA namun kehadiran mereka tidak memberi masalah kepada kami malahan kehadiran mereka menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip perpaduan dan perayaan di raikan bersama. Ini mesej yang harus ditonjol kepada dunia dan bukannya perbalahan sesama kita sebagai rakyat Malaysia,”tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: