Adun DAP dakwa ‘Tabung Azan’ satu gimik

MALAYSIAKINI – Seorang waki rakyat DAP hari ini menyifatkan tindakan Umno bahagian Cheras melancarkan ‘Tabung Azan’ sebagai satu gimik dan mendakwa, sekali lagi menunjukkan Umno masih tidak putus asa untuk memainkan sentiman perkauman dan agama.

lau weng san“Tindakan menubuhkan tabung tersebut juga merupakan bukti bahawa terdapat segelintir anasir-anasir negatif dalam Umno yang masih ingin mewujudkan sesuatu yang telah terbukti tidak pernah berlaku,” ,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San.

Umno Bahagian Cheras telah melancarkan Tabung Azan pada 12 Oktober lalu, untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

syed ali al habsheeKetua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dilaporkan berkata, tabung itu akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan dari Umno bahagian lain dan badan-badan korporat.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian berkenaan pada hari yang sama, Syed Ali berkata kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.

Sehubungan itu, Lau bertanya sama ada langkah menubuhkan tabung tersebut menunjukkan Umno di belakang seluruh sendiwara yang menurutnya, bukan sahaja menyebabkan ahli Parlimen Seputeh ditahan selama tujuh hari di bawah ISA tetapi juga menyebabkan keselamatan nyawa ahli keluarganya terancam.

Katanya, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar merupakan hak asasi manusia dalam dunia moden dan “ianya harus dipraktis dengan bertanggungjawab, iaitu kenyataan seseorang itu harus berpandukan kepada kebenaran dan kenyataan.

Menuntut keadilan

“Hal ini juga demikian, khususnya untuk ahli politik dan para wartawan. Seseorang wartawan atau media yang melaporkan sesuatu yang tidak benar, berunsurkan fitnah, harus ditegur, apatah lagi laporan itu tidak berasas dan merupakan cerita rekaan semata-mata,” katanya.

Lau berkata, mangsa-mangsa kepada laporan yang tidak benar itu mempunyai hak untuk menuntut keadilan melalui mahkamah.

“Biarpun begitu, kesilapan itu harus diperbetulkan terlebih dahulu tanpa sebarang tindakan perundangan diambil terhadapnya jikalau ianya adalah tidak disengajakan.

“Hak untuk menegur juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hak bersuara. Lebih-lebih dalam kes ini, pelbagai peluang telah diberi untuk Utusan memberi penjelasan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Lau media arus perdana itu terus membisu, menyebabkan Teresa yang didakwanya menjadi mangsa fitnah akhbar tersebut, terpaksa menuntut keadilan melalui mahkamah.

Menurut Lau lagi, itupun belum tentu dapat menentukan Utusan Malaysia telah membuat kesalahan kerana akhbar itu masih dikira tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah.

“Jikalau Umno Cheras percaya kepada kebebasan media dan kebebasan bersuara, mengapa tabung itu tidak dinamakan sebagai ‘Tabung Utusan Malaysia’ tetapi diberi nama ‘Tabung Azan'” tambahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: